Bismillahirrahmanirrahim
Nak cerita pengalaman newbie guna essential oil kat korang ni 😂...
Sebelum ni, saya hanya memerhati dan ambil tahu sedikit-sedikit pasal essential oil ni. Minat tu ya minat nak tahu lebih, cuma bila fikir kemampuan tu rasa belum boleh lagi nak cuba.
Sehinggalah pada satu hari, selepas saja saya up satu status, ada seorang kenalan approach saya. Nak dijadikan cerita, seminggu dua sebelum itu saya dan suami dah fikir pasal essential oil ni.
Suami saya mula minat tu sebab ada kawannya yang memang jual minyak urut bagi kepada beliau resipi minyak tu. Dia ada sebut rendam beberapa bahan dalam minyak. Saya pelik la dengar.
Tu zaman bila punya resipi tu kikiki... orang sekarang dah pakai essential oil dah, ape kes nak masak bahan atau rendam bahan dalam minyak 😅. Tapi, sembang orang yang tak ‘have-have’ ni memang sembang je la kikiki... takde la beria nak beli.
Jadi, bila ada orang offer pada saya Premium Starter Kit Young Living, orang kata cerah lah butir mata. Kita memang terasa nak explore, tetiba ada yang buka peluang. Allahuakbar!
Ok, part ni saya tak cerita pun takpe... tapi saya pilih nak cerita sebab dalam Facebook saya ni ada supplier saya yang saya belum habis bayar hutang lagi. Haaa.... kang, kalau saya cerita pasal kebaikan essential oil ni, orang fikir kita ni kaya plak boleh beli PSK ni.
Alhamdulillah, Allah memang bagi saya rezeki kaya. Kaya dengan kenalan dan sahabat yang baik-baik. PSK ni bukan ‘ikan’ tapi ia adalah ‘mata kail’ saya ni. Lepas satu demi satu saya dapat peluang nak mendalami lagi natural living ni.
Jadi, lepas ni, kalau korang tengok saya update pasal eo (essential oil), jangan lekas salah faham ya...
Saya nak cerita kisah saya first time guna eo ni. Lavender dan Stress Away. Tapi, dalam post lainlah ya... dalam post ni saya nak tanya yang baca post ni, korang dah jadi pengguna eo atau belum?
Yang dah guna eo, berapa lama dah korang guna dan korang rasa penggunaan eo ni best tak?
Dan yang belum guna eo, korang nak tak saya share kelebihan dia?
Gambar - waktu unboxing kotak yang baru sampai.