Kalian, perasankan betapa saya merindui sahabat-sahabat saya sejak akhir2 ini. Perasankah juga kalian akan singkatan nama ISI yang saya tulis dalam link ini? Saya nyatakan dia tiada di Malaysia kan?
Semalam sedang saya sibuk mencari duit memotong tempahan spek utk customer saya, saya dapat panggilan dari no 0301. Selalunya bila keluar nombor ini, saya akan terus meneka ia adalah panggilan dari adik ipar saya. Lagipun dah lama dia tak call saya dan panggil saya "Ustazah!!" Sebelum saya memanggil dia dengan panggilan yang sama juga.
Rupanya bukan. Terdengar suara ini, "Ana kat depan Kaabah ni, doalah.." Ntah mcm mana saya rasa hati saya yang happy2 mcm lagu Amy Mastura tu jadi sayu sesayu-sayunya. Mungkin juga sayu kerana dapat berdoa atau sayu mengenangkan sahabat saya sedang teringat yang saya juga sangat teringin berdoa di hadapan Kaabah.
Walaupun saya cuba untuk berkata-kata yang dia tak perlu buat mcm tu, tapi saya rasa baik saya jangan bazirkan kesempatan itu. Saya pun berdoa dengan doa yang saya biasa baca, pohon ALLAH pelihara keluarga saya, pohon ALLAH beri ketenangan kepada kedua ibubapa saya, pohon anak2 saya sihat dan berjaya dan memohon semoga suami saya merasa cukup dengan saya. Dan saya menangis dengan doa yang saya baca setiap hari walhal itulah doa saya setiap hari.
Sungguh kesempatan itu saya rasakan tidak cukup. Tapi saya tidak mahu mengganggu ISI menunaikan ibadah. Cuma saya cukup terharu dengan peluang yang dia beri. Sebelum dia meletakkan telefon, saya tanya, "Kenapa nt buat mcm ni?" dia menjawab dengan esakan, "Ana sayang nt". Lalu apalagi istilah persahabatan yang dapat saya tafsirkan?
ISI, ana bersyukur kerana ALLAH menemukan ana dengan seorang sahabat semulia nt. Pasti nt akan dilindungi ALLAH dengan limpahan keberkatannya...Amin.