Bismillah,
Beberapa ketika yang lepas saya telah meletakkan satu borang hanya untuk bertanyakan pendapatan perkara berikut :
Adakah nama sitisifir10 ini masih seswai untuk saya yang tua ini? Kenapa?
Jawapannya adalah seperti berikut :
- sesuai sebab nama adalah sesuatu yg evergreen. Encik Bujang tetap bernama Bujang walapun beliau ada 10 anak. Encik Hitam tetap bernama Hitam walaupun dia putih melepak.
- bg sy, tkde mslh.lgpn nm tu cute n mengingtkn program tv knk2 yg ada sitisifir tu..along bijak lau tk silp..dr mn akk dpt nm ni..citer la skit.. sy sokong akk kekal jer nm ni.. lgpn akk mmg glemer dgn nm ni..tk best la tukar,mcm kcg lupakn kulit lak..hikhik..
- ok lagihh
- kurang
- ok je, takde masalah nama tu. comel apa... :)
- blogging is from your heart my dear..
- tak berapa sesuai sebab macam keanak2an tp kalo nama tu ada sentimental value @dah jadi trademark..takder salahnyer teruskan jer
- masih sesuai dan releva..nama pena ni bukan mengenal usia.katalah satu hari nanti saya tidak dapat bertenet..tetiba mencari nama sitisifir10 sudah tiada dalam carian...mestilah sy tercari2 mana menghilangnya si gerangan sitisifir..anyway kekalkan saje...kalau orang kata macm budak2 ok per...awet muda tu...
- Tak sesuai....sebab akak dah ada 4 org anak, tajuk tu sesuai utk budak darjah 3 k...he he
- tak berapa
- siti sifir..? ok.. sedap je saya rasa... haha :) unik gitu..
- aii tak seswai dah guna sitisifir10. baik guna nama sitisifir4. :D
- Dalam net, nama adalah identiti, besar kemungkinan selepas tukar nama anda tidak lagi dikenali kerana identiti anda telah berubah.Jadi, bersifat qana'ah lah dengan nama yg ada kecuali jika mahu tukar indentiti kepada nama yg saya sarankan dibawah. (no hard feeling, its just a joke)
- kalu fikir dah tua..tukar nama sitifikir
Apakah nama yang lebih seswai untuk saya?
- MakcikSitiSifir10YangVogue.. :P
- sitisifir10
- maksitisifir
- seroja putih
- sitisifir 100 kott.. ehehe, me gurau2 ghitewww
- mummyserbatau
- sitisifir10
- tak ada idea lagi la
- mak siti :-D
- City (Honda) Cefiro (Nissan) - ha ha
Hihi...semua yang bagi pendapat kat atas saya tak kenal. Tapi saya cam siapa yang suruh letak nama sitisifir4 itu adalah suami saya. Kenapa? Baunya sangat kuat kerana saya tahu suami saya sangat kuat
Ada jawapannya yang membuatkan saya kata, "A'ah jugak ek.." ada jugak yang buat saya kata "Ek eleh...". Cuma saya dapatlah membuat kesimpulan bahawa tidak ada salahnya nama sitisifir10 ini.
Uhh..saya cuma bengang bila ada budak laki 16 tahun lebih kurang nak buat saya jadi awek sbb ingat saya umur 10 tahun. Ooo..nak, makcik ni dah dekat seploh tahun dah guna nama hikmat ni tau. Tolonglah cari orang yang munasabah sikit ye.
Kenapa sitisifir10?
Asal cerita saya menggunakan nama 'Nilamsari' untuk chatting. (tolong cari singki untuk muntah). Masa tu IRC glamer lagik. Tapi tak lama, setelah menyedari nama itu terlampau mengundang orang lelaki sahaja untuk chatting, saya beralih kepada 'gajah10'. Kenapa gajah? Kerana trademark saya adalah bontot gajah yang comel (kini suami saya tak bagi lukis gambar itu dan saya telah tinggalkan trademark itu semenjak saya telah berkahwin).
Tapi, terlalu ramai pula yang bertanya berat badan saya. Argggghhhh...salahkah gajah kerana ia besar? Jadi saya beralih kepada nama sitisifir kerana saya minat matematik. Sangat minat sehingga saya 'terdapat' no 1 masa form 4 gara2 score subjek Add Maths yg orang lain kantoi. Malah yang menyelamatkan aggregat dan pointer saya adalah subjek inilah juga. Sehingga semasa mengandung anak2 saya, saya suka membuat latihan maths dari buku SPM.
No 10 hanyalah lambang geng saya semasa matrik yang meletakkan angka 10 belakang nick name mereka. Lagipula sifir 10 menunjukkan sifir yang mudah dan itu mungkin boleh dikatakan saya seorang yang amat simple, sesimple sifir 10.
Kini, pandangan saya, sifir tidak hanya kepada matematik, malah kehidupan kita juga adalah sifir. Ia adalah berkaitan dengan hukum keseimbangan sehinggakan semua perkara dapat dihubungkan dengan persamaan. Saksikan 'Numbers' di AXN untuk cerita yang lebih kritis.
Maka, saya putuskan untuk tidak menukar nama saya. Dari mula saya berblog lagi, saya menggunakan nama ini. Juga dari Feedjit saya ini, saya dapati ramai juga yang search nama 'sitisifir' dan 'sitisifir10'. Walaupun saya tidak secomel nama itu, namun itu telah menjadi identiti saya bukan?
Well, saya cuma mahu menukarkan sesuatu... 'Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah'
Dahulu saya letakkannya untuk sementara saya mendapat satu tajuk yang lebih gah. Namun sementara saya itu telah berlangsung 4 tahun lamanya. Apakah nama itu ya??