Bismillah,
Segan saya nak menulis tentang hal ini. Jika mahu dibandingkan dengan MommyLyna MSK, saya pastilah jauh ketinggalan. Namun ini adalah satu peringatan buat diri saya. Siapa nak tumpang baca, silalah...jika tidak baik lihat kepada MSK, disitu ada banyak topik yang melibatkan perancangan kewangan.
Di sini, saya ingin menyenaraikan jenis tabungan yang popular di kalangan kita :
- simpanan secara biasa di dalam bank perdagangan
- ASB
- insurans
- KWSP
- Tabung Haji
- gaji tidak cukup
- keluarga yang ramai
- taraf hidup tinggi
- Selalu mengingatkan ahli keluarga agar sentiasa menabung
- Setiap ahli dalam keluarga mesti membuat belanjawan sendiri
- Berdisiplin dengan belanjawan yang dibuat
- Jika ada pendapatan tidak dijangka seperti menang sesuatu, bonus dan lain-lain, simpankan semua atau sekurang2nya separuh daripadanya.
- Saya simpan duit syiling setiap kali balik dari membelibelah. Jika sudah cukup banyak saya akan masukkan ke dalam akaun simpanan yang tidak mempunyai kad.
- Saya menabung RM 10 untuk anak yang berumur setahun, RM 20 untuk anak yang berumur 2 tahun dan seterusnya. Walaupun sedikit, ia berbaloi dan tetap mempunyai nilai satu hari nanti mudah2an.