Wednesday, June 17, 2009

In Blues


Bismillah,


Kalau orang bekerja mereka ada Monday Blues, tapi blues saya sudah semakin panjang. Malah blues saya telah masuk minggu ketiga, yang mana hujung minggu ini saya harap saya tidak keterlaluan melayan blues yang mengong ini. Saya bencikan keadaan ini kerana saya akan menjadi manusia yang malas amat malah saya memaksa pula suami saya masakkan lauk untuk saya bersahur. Hihi....


Semalam telah saya dapatkan jawapan dari kewujudan 'blues' saya itu. Walaupun telah ada jawapan namun saya masih lagi diranduk rasa malas pagi tadi. Saya menghabiskan membaca buku cerita 'Syahadat Cinta' oleh ntah sapa penulisnya. Sempat juga bergenang air mata. Cuma saya mahu katakan,jika saya berada di dalam novel itu, saya adalah Iqbal Maulana, bukan Bang Rakhmat. Jadi, janganlah mereka yang mahu mendekati saya benar2 menjadi takut ya.


Apa yang saya 'blues'kan itu tidak penting bagi anda. Saya juga tidak mahu berkata-kata tentangnya. Tapi biasalah orang perempuan, akan ada satu jangkamasa yang kita akan alami perasaan ini. Seperti apa yang saya kisahkan dalam entry libang-libu itu juga. Jemputan untuk masuk ke contest telah saya abaikan, ini adalah kerana saya malas. Malah saya hanya melihat kepada sahabat2 yang wujud di dalam bloglist saya ini membuat update tanpa saya meninggalkan jawapan, juga kerana malas.


Maafkan saya ya kengkawan. Juga kepada sesiapa yang saya tulis komen di dalam kotak komen anda, saya hanya cuba untuk beramah mesra, tidak terniat pula untuk meramas perasaan anda. Tidak kurang buat yang merasa teruja, saya rasa tidak perlu anda rasa gembira dengan kehadiran saya kerana saya tidak ada apa2 kecuali nama sitisifir yang biasa2 sahaja. Saya juga mengalami naik turun dalam kehidupan saya.


Ada sesuatu lagi yang tolong menggebukan 'blues' saya iaitu si Uwaiys. Setakat jam 11.30pg ini, dia telah mandi 5 kali padahal dia bangun jam 8 pagi. Saya rasa nak pengsan tiap kali saya terlena, saya akan berjumpa dengannya di dalam bilik air dan yang paling saya tak tahan adalah si comel Arwa turut dia mandikan.


Owh, tidak cukup dengan itu, dia telah basuh lantai dapur dengan pancuran hikmat dari getah paip yang abah songlap dari kedai letrik sebelah kedai kami. Sekarang saya pakaikan Uwaiys dengan baju Usamah dan dia sedang asyik menarik2 seluar yang besar ke atas akibat seluar itu asyik terlondeh.


Saya menulis ini hanya untuk melegakan perasaan. Suami saya juga ada berkata, "Patutlah pelik aje sejak akhir2 ini." Ya blues ini juga telah menjadikan saya alien buat suami saya. Tidak cukup dengan itu, saya asyik termenung2 di hadapan jadual yang saya susun dalam rumah saya. Andai tidak keberatan, jadual itu saya namakan sebagai jadual homeschool kami. Tapi bukan anaknya yang belajar. Sebenarnya, jadual itu adalah ingatan buat saya supaya saya akan melakukan semua kerja rumah dengan sebaiknya.


Sekarang saya beri can kepada diri sendiri selama 4 hari sebelum saya benar2 bersedia untuk memulakan minggu depan dengan lebih baik. Betul, 'dont put off till tomorrow what u can do today' tapi saya benar2 mahukan masa untuk menghalau blues saya berlalu pergi. Korunk2, tolong doakan saya...tulun.........
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!