Bismillah,
Setelah mabuk melayan contest, saya cuba mampatkan lagi minda saya dengan menjawab tag dari kakyong. Tapi soklan very the simple cuma part yang mencabarnya adalah untuk mem'pas'kan tag ini kepada mangsa seterusnya. Disebabkan saya mencari mangsa, adakah saya ini pemangsa? Kuhik..kuhik...pastilah kakyong menjadi mangsa paling lunyai dalam mendapat tag dari teman blogger yang lain. Bukankah begitu??
Tanpa melengahkan masa, layan ini tag okeih :
1. Anda sudah mempunyai berapa orang anak & nyatakan Girl or Boy?
2 anak dara dan 2 anak teruna. So, jumlahnya empat. Pandaikah umi bajet? Oh tidak...kami pakai kekdah belasah aje.... :P
2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?
Tidak merancang masa. Bila-bila pun insya ALLAH boleh. Kalau orang tanya adakah umi merancang, jawapan umi sentiasa begini, "Umi merancang untuk mendapat anak yang ramai". Oww...tapi jangan tanya begini, "Tak letih kah?". Ini adalah soklan yang susah nak tipu bila jawab. Sebab letih itu ada sokmo. Cuma letih ini insya ALLAH mendatangkan hasil yang lumayan di dunia dan akhirat harapnya. Sbb kadang tu kalau jawab letih macam tak suka anak aje...bukan begitu, ia meletihkan tapi ada sesuatu yang best dalam keletihan itu.
3. Nyatakan nama anak anda & ape makna nama anak anda dalam islam?
Halamak...macam susah je soklan ini.
- Asmaa' - maksudnya nama (yang baik). Sempena nama Asma' Abu Bakar wanita yang digelar Dzatun Nithaqain (kerana dia mengambil tali pinggangnya, lalu memotongnya menjadi dua. Kemudian, yang satu dia gunakan untuk sufrah (bungkus makanan untuk bekal) Rasulullah SAW, dan yang lain sebagai pembungkus qirbahnya pada waktu malam, ketika Rasulullah SAW dan Abu Bakar Ash- Shiddiq keluar menuju gua.)
- Usamah - maksudnya berani (yakah?). Sempena nama cucu angkat Nabi SAW Usamah B Zaid, seorang panglima perang pada usianya 17 tahun
- Uwaiys - seorang ahli sufi yang rapat dengan baginda Rasulullah SAW walau tidak pernah berjumpa dengan Baginda.
- Arwa - yang memberi minum, dinisbahkan sebagai pemurah. Nama seorang daripada ibu saudara Nabi SAW antara yang pertama memeluk agama Islam.
Klik nama diorang untuk tahu lebih lanjut.
3. Siapakah yang memberikan nama anak anda?
Abah diorang, saya akan mengatakan setuju atau tidak.
4. Dari mana tercetus idea memberikan nama anak anda?
Kami mahu nama anak kami dimulai dengan alif hamzah, bermaksud boleh jadi mula dengan huruf U, huruf I atau huruf A. Nama Asmaa' diambil sebab tokku pernah kata kalau dia ada anak lagi, dia nak letak nama Asma', nama Usamah sebab Osama Laden yang glamer, nama Uwaiys, sama-sama pilih dan nama Arwa sebab cari nama dalam buku senarai perawi hadis dan sahabat sahabiah. Sebolehnya kami mahu nama anak kami adalah dari tokoh zaman Rasulullah.
5. Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata...apakah nama yang akan anda beri?
Ow..tunggu di hari ke 7 kelahirannya baru kita bagi nama ek.
6. Berapa perancangan anak yang anda mahu & nyatakan berapa girl & berapa boy?
Seramai yang boleh dilahirkan.
7. Bagi yang sudah mempunyai anak lebih dari seorang...nyatakan berapa jarak beza umur anak anda?
Adei...
Asmaa' & Usamah ~11 bulan
Usamah & Uwaiys ~ setahun 8 bulan
Uwaiys & Arwa ~ setahun 2 bulan
Ngeri kah?
8. Untuk kelahiran anak anda yang akan datang....anda nak girl @ boy?nyatakan sebabnyer
Uuu....tak kisah...sebabnya, memang tak kisah
9. Kakyong- soklan no 9 lesapkah?
10. Ape ciri2 persamaan anda & anak Anda?
~suka menjerit (kwang kwang)
~selalu minta perhatian (mcm umi masa kecil)
~Asmaa' & umi malas makan
~Usamah, Arwa & abah tak boleh tak makan
11. Upload gambar anak anda untuk tontotan semua rakan blogger.
Wakaka...ada puas hati kah jika beranak ramai? Sangat memuaskan hati... :P