Sebenarnya, idea nak buat entry ni adalah dari dialog saya dengan seseorang. Orang tu baru saja lagi masuk dalam alam perkahwinan tapi bagi saya dia cukup matang untuk menjadi isteri kalau nak dibanding saya semasa mula2 dilamar dulu.
Sekadar terfikir kenapa selalunya perkahwinan begitu indah di awalnya tetapi kemudiannya menjadi huru-hara?
Saya berpendapat, di awal perkahwinan, masing2 mahu menunjukkan kesempurnaan diri masing-masing. Maksudnya masing2 tidak menunjukkan lagi sisi busuk diri sendiri. Nak kentut pergi jauh, malas masak gagahkan juga, malas bangun pagi takut malu dan ntah apa2 lagi. Tapi tu sementara aje lah. Ye lah mana ada benda yang kekal kan?
Bila dah hilang excited, mulalah hilang kawalan diri dari menjaga 'ciri2 kesempurnaan' yang sedia ada tu. Mana dan dah nak cover kalau tiap2 hari pasangan ada depan mata? Maka ketika itulah kita tidak hanya perlu sabar untuk mengawal diri dari terus mengeluarkan tabiat buruk tapi terpaksa bersabar pulak dengan 'sisi busuk' pasangan kita.
Tapi jangan hanya terus bersabar, kita perlu berusaha. Iaitu berusaha untuk mengubah dan diubah. Pastilah kita perlu mengubah diri kita dulu supaya lebih senang untuk kita mengubah. Sebab orang memang tak suka dengan manusia yang bersikap 'cakap talak selupa bikin' kan?
Oleh itu, bila kita melihat reaksi tidak suka pasangan kita terhadap apa yang sedang kita lakukan, atau dia menegur secara lisan apa yang kita buat maka berubahlah. Perubahan itu barangkali tidak mendadak. Jika rasa2nya kita tidak mampu berubah serta merta, maka beritahu dia yang "Saya perlukan masa". Cuma janganlah ambil masa yang lama. Jika boleh, ambil buku dan tulis perancangan bagaimanakah nak berubah dan buat.
Bagi mengubah pula, tak boleh aci redah saja semasa hendak menegur. Baca suhu pasangan anda tu betul2. Setiap orang tu lain cara pendekatan dia jadi andalah sendiri yang akan tahu bagaimana caranya nak menegur pasangan. Mungkin terpaksa buat trial and error tapi bila dah jumpa error jangan ulang pendekatan yang sama. Cari cara lain pula.
Tidak ada manusia yang tidak boleh ditegur kerana semua orang ada naluri mencintai kebaikan. Cuma barangkali teknik pendekatan itu sahaja yang perlu dimanipulasikan supaya menjadi cantik dan membuahkan semangat kepada pasangan untuk berubah.
*Atau anda jumpa spesis yang liat nak berubah ni???
Assalamualaikum...
ReplyDeleteNice post...
Peringatan tuk diri saya juga nie.. :)
Saya rasa perlu la kite selalu muhasabah terus terang dari hati ke hati. Perkara kecil kalau diselesaikan segera insyaallah berjaya. Kalau dibiar lama boleh jadi cancer walaupun asalnya perkara kecik je.
ReplyDeleteorg yg dah lama berkahwin pun belum tentu betul2 kenal pasangan masing2. Bg Knur setiap hari kita dpt belajar tentang pasangan kita dan juga perangai kita sendiri yg tak terzahir kalau bukan didepan org2 yg kita kenali.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteNice entry. tq for sharing.. Bila dah makin lama perkahwinan itu, kekadang terasa kurang kehangatan kasih sayang.. rasanya ramai mengalaminya, tapi jangan dibiar hangat menjadi suam dan terus sejuk.. berusahalah untuk memperbaiki kelemahan diri masing-masing... hadirkan semula kemesraan. tq so much for sharing.