Sunday, February 27, 2011

Sedih Telefon Hilang :((((

Bismillah,

Perkataan hilang sebenarnya tak sesuai. Sebenarnya saya terlupa untuk double check masa saya turun dari teksi. Masa dalam perjalanan dari hotel ke airport, saya tengok banyak bangunan cantik2 di sana. Lalu saya teringin nak amik video dan saya keluarkan handphone saya tapi bila tgk bateri yang tinggal tak berapa nak banyak, saya batalkan aje hasrat saya.

Kemudian saya letakkan telefon saya dalam poket tapi mungkin saya terlupa nak kunci. Dan ia tercicir semasa saya nak turun dari teksi atau barangkali sebelum saya turun lagi. Benda dah hilang dan saya dah berikhtiar dengan minta tolong kawan yang tinggal di sana tapi biasalah. Tak banyak yang dapat dilakukan bila telefon hilang kerana dia call saya balik dan bgtau talian dah ditamatkan..

Telefon itu sebenarnya saya baru bayar 3 bulan dan saya masih berhutang 21 bulan for nothing! Ye saya baru 3 bulan beli dan ini pertama kali saya gembira dengan lengkapnya telefon tu kepada saya. Kata suami, ALLAH mahu menghapuskan dosa2 saya barangkali. Saya redha dah dengan kehilangan itu pada 5-10 minit pertama kehilangannya tapi saya marah pada diri saya yang selalu cuai.

Sekarang semua gambar kenangan tak dapat saya upload ke blog, fesbuk mahupun untuk simpanan saya sendiri. Banyak gambar candid suami saya ada di dalamnya. Gambar dia mendukung Ahmadi ke sana ke mari. Gambar dia mengangkat barang besar2 dan berjalan jauh2 untuk memindahkan barang ke bilik hotel. Oh..rasa nak menangis pula.



Tekan butang kongsi di bawah untuk share dengan yang lain ye :)

7 comments:

  1. telefon akak pun penah hilang, meraung gak la dibuatnya, sakit ati pada pencuri tu, akak dakwa dia diakhirat, jwb disana nanti ok

    ReplyDelete
  2. aduhai..mmg rasa nak mrhkan sbb cuai..tapi tulah,bukan rezeki..

    ReplyDelete
  3. emm..hanya mampu ckp sabar--and it could happen to anyone pun..nama lg manusia kan..
    moga2 kita semua dijauhkan dari segala benda2 yg tidak diingini mcm hilang harta benda ni...

    ReplyDelete
  4. kesian Pijah. Sabarla deh.

    ReplyDelete
  5. sabar yer.. jgn salahkan diri sendiri ok.. sape nak handphone hilang @ barang2 hilang kan.. things happend for a reason, either kite tau sekarang, esok atau kemudian kan.. take care..

    ReplyDelete
  6. salam k.pija,
    adakah BB itu ??? oh myyy...
    redha je lah yer...but it's not impossible andai ia muncul kmbali..
    sy pun ade pngalaman sama,henpon brand new kena curi ! samelah dgn hilang kan....:(( sampai la ni xpenah lg beli henpon brand new..badi gamaknye..

    ReplyDelete
  7. Piza, pasal contart BB tuh, saya dah tanya my hubby. Katanya boleh pergi ker Provider utk tamatkan contract. mungkin kena bayar sikit...maybe rm300-500 kut, but better dari kena bayar sampai 21 bulan tuh.

    Lepas tuh kalau still nak pakai BB juga, just beli jer di mana2, tapi jgn pakai contract,supaya kita tak terikat dgn sebarang commitement kalau jadi perkara2 yang tak diingini seperti ini.

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!