Tuesday, February 15, 2011

Seni Dari Pelepah Pisang

Bismillah,

Teringat semasa zaman sekolah rendah dulu. Kalau hari esoknya Pendidikan Seni, tapi petang hari pun tak cari bahan lagi nak dibawa ke sekolah, haruslah mak saya mengamuk. Saya suka benda seni2 ni tapi tengok juga seni yang lagu mana. Masa zaman saya sekolah dulu, dalam kelas saya yang saya boleh ingat ada 2 orang je budak yang pandai melukis.

Sorang budak laki namanya Arieef, tatau la mai mana seni dia tapi asal dia dapat kertas lukisan je memang penuh kertas lukisan tu. Sorang lagi Normah. Normah ni memang saya akui dia punya tulisan ke lukisan ke memang best. Sampai sekarang dia menjahit ke, memasak ke memang menjadi. Baiklak tu orangnya....hehehe... Tiba2 rasa rindu nak ketawa2 dengan dia...huhuhuh

OK balik cerita pasal pendidikan seni ni. Kalau time main water colour ni antara bahan yang kene bawak adelah bawang, belimbing, pelepah pisang dan kentang juga. Tapi kalau bawa kentang tu kene buat corak sikit pulak atasnya sebelum boleh tekap merata-rata. Memang seronok la kalau masa Pendidikan Seni ni.

Keliling rumah kami ada banyak pisang so saya minta suami amikkan dan saya sediakan ruang untuk anak2 bermain.





Pendidikan tak perlu formal.. saya sedikit pun tunjukkan contoh tapi mereka pandai nak memandai sendiri corak apa yang nak buat. Aktiviti ini adalah best tapi macam biasalah..kalau lantai rumah bercoreng sbb lupa nak letak surat khabar, adala tarzan mengaum lepas tu...kikikiki


Tekan butang kongsi di bawah untuk share dengan yang lain ye :)

3 comments:

  1. teringat kenangan dulu la... sweet kan..

    ReplyDelete
  2. nak petiklah pelepah pisang kat tepi rumah tu...ada pisang pun dok kena rembat ngan monyet je...hish~

    ReplyDelete
  3. pelepah pisang n ubi kentang, slalu jadi bahan nak buat projek senilukis tu

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!