Wednesday, February 09, 2011

Petua Jika Dipatuk Ular

Bismillah,

Ini kalau baca petua ni sebelum kena patut jadilah kot. Jangan cari pasalla dengan ular. Teringat sepupu saya zaman lasak dia dulu. Dia boleh pegang ekor anak ular sampai orang lain menjerit2 tengok dia...ahahahaha

OK ini petua untuk elak apa2 terjadi kalau kita berhadapan dengan ular :
  • Jangan menggerakkan badan
  • Tahan nafas anda
  • Jangan mengacah ular yang dah sedia berdiri
  • Biar ular turun badannya dengan sendiri dan biar berlalu
  • Pakai kasut getah yang tinggi kalau masuk hutan atau paya
  • Andai terkena patukan, ikat dengan kuat bahagian yang kena patuk
Tapi kadang2 kita tak sedar yang kita dipatuk ular so, ini tanda dipatuk ular :

  • Terdapat dua lubang taring di bahagian hadapan bekas gigitan pada tempat yang di patuk
  • Mangsa berasa sakit pada bahagian yang dipatuk
  • Terdapat tanda berwarna kebiru-biruan atau kehijauan pada bahagian yang di patuk
  • Tekak mangsa berasa kering dan loya-loya
  • Penglihatan mangsa menjadi kabur
Ini pulak petuanya andai dah kena patukan tu :

  • Rehatkan mangsa serta tenangkannya, bersihkan kawasan patukan dengan air.
  • Peralatan mangsa hendaklah di tanggalkan.
  • Picit bahagian patukan hingga darah dan bisa keluar. 
  • Letakkan bahagian patukan di bawah paras jantungnya. Ini adalah sebagai langkah untuk menyekat pengaliran bisa ular.
  • Sekat pengaliran bisa tersebut dengan mengikat kawasan yang terbabit dengan kain atau tali, tetapi pastikan tidak menyekat peredaran darah mangsa. Teknik "Tourniquet" ini hendaklah dilonggarkan selama kira-kira seminit bagi setiap sepuluh minit tetapi jangan melebihi lapan jam. JANGAN gunakan cara ini pada mangsa patukan ular kapak @viper
  • Lalukan kawasan terbabit dengan air garam, tetapi jangan sapukan garam terus ke tempat patukkan.
  • JANGAN cuba melukakan dan menyedut kawasan patukan untuk memgeluarkan bisa, gunakan alatan yang sesuai.
  • Usahakan secepat mungkin untuk menghantar mangsa ke hospital yang terdekat....Kenal pasti ular yang mematuk anda kerana ia perlu untuk dapatkan antivenom yang sesuai - jika salah boleh bawa maut serta-merta.
  • Dan pastikan anda cepat2 minum air ... kerana ada petua mengatakan .. bila kita minum air terlebih dahulu dari binatang berbisa tersebut, bisanya akan berkurangan.

Sumber  : http://hasrulhassan.blogspot.com/2011/02/petua-jika-berhadapan-ular-berbisa.html#ixzz1DHgBFHry





Tekan butang kongsi di bawah untuk share dengan yang lain ye :)

2 comments:

  1. fuh x terbayang kalo kena patuk.
    time tu ntah ingat ntah tak entry ni...

    ReplyDelete
  2. rumah saya selalu encik/cik sewey ni duk g ziarah dulu..
    orang kata, tak baik pukul sewey atas umah..tapi, lau da 3 kali halau, x mau gerak..itu betul2 la sewey yang degil

    saya yang berani ng belut ni pun, bila tgk ular...terus meremang

    Recent post:
    Membantah kewajipan ke bengkel calon bagi calon pilihan raya kampus UM

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!