Monday, February 07, 2011

Rukhsah Solat (Jamak & Qasar)

Bismillah,

Bgi orang seperti saya, yang anak ramai perlu dikawal jika berada di perjalanan, memanglah saya akan memanfaatkan sebaiknya solat Jama' dan Qasar ni. Tapi ada sesetengah orang berpendapat zaman sekarang ni kalau solat macam biasa pun tak apa sbb kemudahan ada di merata-rata. Saya cuma terfikir sesuatu, hukum tentang sesuatu di dalam Islam ni tidak terhad pada zaman padang pasir sahaja. Ia adalah satu hukum yang sesuai sepanjang zaman, kan??

Oleh itu, tidak ada salahnya andai kita mengambil rukhsah solat dalam keadaan musafir. Sabda Rasullah SAW :

إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد

“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.

Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambilkira kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.

SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UTK SOLAT QASAR/JAMAK
1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat. So kalau sibuk2 nak pergi tengok konsert ke, dating ke tak termasuk ye dalam syarat dibolehkan rukhsah.
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).
3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).

HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR/JAMAK
1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan. Kerana solat itu wajib maka janganlah melengah-lengahkannya pulak. Ada yang kata jalan jauh masuk darurat so tak payah solat, aduilaaa...lagikan masa perang pun ada cara solatnya ni kan pulak kalau nak merendek2..
2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia. ALLAH tu tau sangat tentang kita hambaNya :)
3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan

Utk rujukan penuh bagaimana melakukan solat jamak / qasar  : link ini
Utk download peta minda tentang solat jamak / qasar : link ini



Tekan butang kongsi di bawah untuk share dengan yang lain ye :)
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!