Sunday, February 13, 2011

Tak Payahlah Sambut Valentine Dik Weihhh

Bismillah,


Ha'ah ni versi entry membebel. Kadang2 baca blog orang ni bole bikin panas jiwa. Kalau baca blog orang seangkatan dengan saya, iaitu geng-geng mak-mak ni ada gak pekdahnya. Tapi ntah nape celah2 ni wujud pulak golongan yang tak kawin lagi tapi blog penuh dengan gambar berdua macam dah kawin lama. Saya musykil sama ada parents mereka ni buka blog mereka ke tak untuk baca apa anak mereka buat ye? Macam saya ni adalah spesis satu keluarga saya baca blog saya secara bebas... baik belah saya mahupun belah mertua ku...

Kenapa boleh jadi Haram sambut Valentine ni??
Mai, kita tengok sejarahnya dulu

  • Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.
  • Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.


  • Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
  • Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Kalau bukan cerita pasal Valentine ni pun, kalau kita dating atau apa2 saja yang usaha nak tunjuk romantik antara pasangan kekasih sebelum kawin ni, adalah pekerjaan mendekati zina. Semoga ALLAH beri hidayah kepada kita semua.
Tengok pada tarikh 14 Feb itu,
ada lambang love-love gitu bertanda untuk Hari Valentine
Saya benci ini kerana ia memusnahkan KESUCIAN lambang 1Malaysia diatasnya!!


**Oh...risaunya mengenang zaman anak2 saya nanti :(

Sumber : Klik sini

Tekan butang kongsi di bawah untuk share dengan yang lain ye :)

6 comments:

  1. Mmg ssh nk control diorang nih.huhu.
    Me mmg dari dulu xpenah sambut pon valentine.tp suka ronda2 klcc tgk bunga yg byk.

    ReplyDelete
  2. btol tu kak, risau bilo pikir nasib anok2 kito nanti

    ReplyDelete
  3. Harap2 muda mudi kita akan lebih cerdik. Jom komen sikit catatan terbaru saya.

    ReplyDelete
  4. harap2lah zaman anak2 kita besar nnti...ilmu agama mereka cukup di dada.

    ReplyDelete
  5. Anak2 Knur pun ada dok tanya apa tu Valentine's Day ni. Knur & suami terus cakap "Tak payah sambut sbb bukan utk org Islam". Yg geramnya kat stesen2 tv kita dok promosi giler2 pasal ni. Mcmmana tu?

    ReplyDelete
  6. betul3x... Alhamdulillah terpelihara dr benda2 camni. memesongkan akidah sungguh.
    Berharap gak mampu bimbing anak menurut islam adanya.

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!