Sunday, September 05, 2010

Anak Soleh

Bismillah,



Bagi seorang Muslim, mendidik anak soleh bukan pilihan tapi ia adalah tanggungjawab. Selain dari itu, anak soleh akan menjadi amal yang dapat menyelamatkan kita dari api neraka. Kita sebagai ibubapa bukan sekadar pastikan anak berjaya dalam bidang akademik tetapi yang penting akhlaknya juga. Seperti satu komen yang diberi oleh rayhan dalam entry saya yang ini :

rayhan: Cth extreme. Ada student kawan ni punyalah terrer maths dan science tapi x pandai mengaji. Form 5. Rupanya sek. rendah sek. cina. So, kalau nak sekolahkan cina jugak kena extra tgk

Belajar pandai, tapi datang bab ngaji?? zero! Sayang sekali kan??Bila kita menjadikan DUNIA sebagai halatuju dan bagaikan AKHIRAT tu tiada? Tu sbbnya kita kena siapkan anak2 kita dengan bekalan ilmu agama kerana Islam ada dalam semua benda. Islam ada dalam matematik, Islam ada dalam fizik, Islam ada dalam sains perubatan, Islam adalah segalanya tentang ilmu.

Satu cara yang paling mantap dalam mengasuh anak soleh adalah menjadikan diri kita soleh terlebih dahulu (alamak...). Oleh itu, saya mengajak diri saya supaya menjadi seperti apa yang Islam kata. Islam itu mudah, tapi jangan ambil mudah!

Uuuu...
Kenangi Ibu Bapa
Doakanlah Sejahtera
Kita Anak Harus Membela
Apabila Sudah Dewasa

Jangan Biarkan Mereka
Sia-Sia Di Hari Tua
Kecewa Hidup Dan Merana
Kerna Perbuatan Anak Derhaka

Bahgiakan Mereka
Hingga Ke Hujung Usia
Bila Sampai Waktu Ajalnya
Anak Soleh Sebagai Harta

Hai... Ibu Bapa
Kami Permata Anda
Tidak Jemu Berdoa
Agar Sejahtera Terpelihara

Di Dunia Bahagia
Akhirat Pun Begitu Jua
Inilah Harapan Kami Semua
Moga Allah Kabulkan Doa


3 comments:

  1. lagu ni sangat mensedihkan.. huhuu~

    ReplyDelete
  2. adakah ini bermaksud uwaiys tak jd ke sekolah cina..

    anak2 sedara kakyong, mak dia memang tekan kan bab mengaji & belajar agama nih.. walau sekolah cina.. tp kalo depa dtg rumah kakyong.. depa la yg jd imam utk sepupu2 depa yg lain.. kalo depa dtg, sah2 semua sejadah kena kuorkan.. sonok tgk anak2 sedara solat sama2...

    kdg2 terharu tgk.. hrp2 fikri pun jd cam tu.. huhhuuu, tetiba terasa beban/amanah mari...

    ReplyDelete
  3. mmg betul. sblm nak didik anak jg anak soleh, ibu bapa perlu tunjuk contoh2 yg baik dulu.

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!