Sebenarnya dah macam-macam orang berkata tentang akaun Facebook dan sumbangannya kepada Yahudi. Tapi saya masih lagi membuka Facebook saya. Dahulu saya ada buat silap juga iaitu dengan melayan Farmville dan alhamdulillah, selepas berhijrah ke Pasir Putih ni saya berjaya keluar dari belenggu Farmville itu :P Terasa sayang weih tapi untuk menjadikan Facebook sebagai perkara yang bermanfaat maka beginilah layaknya.
Amaran : Entry saya mungkin akan jadi panjang kerana disertai kopipes dari individu tertentu :)
Sebenarnya bolehkah kita menggunakan produk ciptaan Yahudi?? Maklumla Facebook kan percuma aje??
Untuk persoalan ini saya memetik secara ringkasnya dari
Kesimpulan bagi soalan ini telah saya ulas panjang lebar dalam artikel terdahulu. BACA DI SINI . Kesimpulannya, adalah dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.
Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-
أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ
Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)
Tambahan dalil boleh dibaca dari link artikel saya yang lalu di atas.
ASAL KEHARUSAN MUAMALAH BERSAMA YAHUDI
Terdapat begitu banyak keterangan daripada Sunnah bahawa berurusniaga dengan kaum Musyrikin dan Yahudi itu adalah harus. Misalnya di dalam sepotong hadith:
“Sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh dan mencagarkan baju besi baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.” [Hadith riwayat al-Bukhari nombor 2326, 2/841]
Al-Imam al-Bukhari juga memberikan tajuk kepada salah satu bab di dalam Sahih beliau, yang mendatangkan hadith di atas sebagai, “BAB BERJUAL BELI DENGAN KAUM MUSYRIK DAN YAHUDI”.
Dalam mengulas hal ini, al-Imam al-Nawawi membuat kesimpulannya di dalam syarahan beliau kepada Sahih Muslim dengan berkata:
“Telah ijma’ seluruh umat Islam pada keharusan urusan dengan Ahli Zimmah dan lain-lain orang Kafir selagi mana urus niaga itu tidak jatuh di dalam perkara yang haram. Akan tetapi umat Islam tidak boleh ( haram) menjual senjata kepada musuh Islam yang sedang memerangi Islam, dan tidak boleh juga membantu mereka dalam menegakkan agama mereka” [Sharah Sahih Muslim oleh al-Nawawi, 11/40]
Keharusan ini hanya berubah dengan adanya dalil lain yang mengubah keharusan itu, atau berlakunya sesuatu yang mengubah konteks hadith ini. Di dalam kes Facebook, adalah sangat penting untuk didatangkan bukti bahawa Mack Zuckerberg membiayai regim Zionis di Palestin, dan artikel di Majalah al-Islam September 2009 itu gagal mendatangkannya.
Di hujung artikel tersebut, satu lagi dakwaan dibuat pada menyatakan bahawa, “dengan klik sahaja pada Facebook kita juga turut sama menjadi pembunuh orang Palestin di Gaza“
Namun sama juga seperti sebelumnya, tiada sebarang bukti diketengahkan pada menunjukkan bagaimanakah penjanaan keuntungan Facebook disalurkan kepada regim Zionis yang menjajah bumi Palestin”.
Kita tidak mahu wujudnya satu budaya paranoid umat Islam yang melatah dengan mudah tatkala didatangi oleh kenyataan-kenyataan seperti ini. Orang Islam sangat cepat dimanipulasi sebagai agen merosakkan produk dan perkhidmatan melalui penyebaran email yang mendakwa ada benda tidak halal, ada campuran beracun dan lain-lain yang mana sebahagaiannya adalah palsu. Ia hanya membuktikan bahawa orang Islam banyak kerisauan tetapi tidak banyak berusaha untuk menyelidik bagi menghilangkan kerisauan tersebut.
Islam tidak pernah mengharamkan Muslim membeli atau menggunakan apa-apa produk dan perkhidmatan daripada non Muslim termasuk Yahudi. Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM.
Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam.
Facebook terbuka sebagai satu ruang untuk dimanfaatkan sebagai medium perhubungan dan penyebaran maklumat. Ia boleh berfungsi sebagai alat dakwah serta penyebaran maklumat, sebagaimana ia juga boleh berfungsi sebagai alat pemasaran. Seandainya di Facebook ada kempen yang memburuk-burukkan Islam, maka gunakanlah ruang yang ada untuk kempen memburuk-burukkan Islam itu ditukar kepada suatu bentuk promosi yang menimbulkan rasa ingin tahu manusia kepada Islam, seperti yang banyak berlaku pasca 11 September 2001.
Namun, jika umat Islam menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, penggunaan Facebook boleh menjadi haram ke atas golongan seperti ini, sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.
Justeru itu, saya masih kekal di situ aktif dalam Facebook tapi sekadar mengambil manfaat, berkongsi pendapat dan konon2 bisnes :P Oh ye, untuk lanjutan tentang FB ni, korang tekan link yg saya bg tadi ye...sbbnya hujah mereka tak mcm saya yg byk merapu meraban ni kan.
So, berbalik kepada tajuk asal saya...apa yg saya minat sgt dlm Facebook ni? (Saya tak buat ranking OK...atas sekali tak bermaksud paling suka)
Ustaz Mohd Zawawi Yusoh abu bakar, prnah tanya shbat HANZALAH , apa kabar jwbnya hari ini aku telah jadi mnafiq, trkejut abu bakar,, napa cakap gitu, jawb bliau , aku x gerun pd neraka skrg, n tak tbayang syurga, sdgkan bila ada dkat nabi aku rasa itu , lihatlah rasa sahabt wlupun ahli syurga tapi rasa byk dosa . Brapa kali kita cakap dusta, mungkier janji, tak btegur, buat maksiat , itu sifat munafik fasiq dan zalim ,tapi tak taubat2
Zaharuddin.net Sesuai dengan dua status sebelum ini, gambar ini mungkin amat baik untuk dihayati. Hayatinya kerana Allah bukan kerana LELAKI atas apa jua sebab. Mentaatinya adalah ujian & dugaan yg memerlukan ketahanan iman & mental serta fizikal. Ganjarannya redha & syurga Allah. Beruntunglah mereka yg berjaya. Jika dirasa sukar, sila ke http://www.zaharuddin.net/content/view/2 96/99/
Zaharuddin.net mcm biasa lah utk tau banyak tulisan ustaz yang terbaru
PTS Memaparkan 33 kisah sejarah penuh dengan ilustrasi berwarna yang menarik dan sesuai dijadikan bahan bacaan untuk kanak-kanak. Antaranya Orang Gagah dari Saluang, Sang Rajuna Tapa, Tun Teja dan banyak lagi. Diskaun 25% hanya untuk promosi hari merdeka Malaysia di Bookcafe PTS.
PTS ni utk update buku2 atau novel2 terbaru...
Kesadaran Amar ma'ruf Nahi mungkar Sesungguhnya, Al Qur’an telahpun cukup sebagai petunjuk dan bukti bahwa: Allah adalah Haq (Benar) dengan segala sifat Keagungan dan Kebesaran-Nya. Juga Nabi Muhammad adalah Haq (Benar) atas segala yg telah dfi sampaikannya (agama Islam).
Lihat seterusnya..
OK, Kesedaran Amar Ma'ruf Nahi Mungkar ni mungkin orang Indonesia agaknya tapi setakat ni dia pos tentang Islam yang kadangkala kita buat sambil lewa saja. Video2 dalam FB dia pun banyak yang menginsafkan..
Owh..Pa&Ma mestilah wei..kalau bab parenting memang ai suka...
Ustaz Zahazan pun ada byk tazkirah untuk renungan
Saiful Islam ni rasanya kalau saya buat ranking memang top 3 lah kot. Ideologi yang dibawa dalam setiap patah kata tu rasanya membuatkan saya ingin sekali mengkoreksi diri, menambah iman dan amal :)
Kenal dulu dengan K.Chik... saya suka baca blog dia. Semoga terus diberi kekuatan untuk menulis ya k.Chik
Sidry Sinar Inspirasi....haha...yang ni memang penuh wall saya tapi saya seronok tengok celoteh dia yang kadang2 diselitkan motivasi buat org yg berniaga khususnya...
Family Education - more ideas to bring new things in Family
Love To Know - full info
Kisah Rumah Tangga - kihkih...yang ni pun top 3...time pedas2 tu tumpang2 la berdesing tapi bila mai mood syahdu syahdan....tersentuh juga beb
Kesadaran Amar ma'ruf Nahi mungkar Sesungguhnya, Al Qur’an telahpun cukup sebagai petunjuk dan bukti bahwa: Allah adalah Haq (Benar) dengan segala sifat Keagungan dan Kebesaran-Nya. Juga Nabi Muhammad adalah Haq (Benar) atas segala yg telah dfi sampaikannya (agama Islam).
ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (البقرة : 2)
“Kitab (Al-Q...
Tempoh:7:12
OK, Kesedaran Amar Ma'ruf Nahi Mungkar ni mungkin orang Indonesia agaknya tapi setakat ni dia pos tentang Islam yang kadangkala kita buat sambil lewa saja. Video2 dalam FB dia pun banyak yang menginsafkan..
Pa&Ma Baru-baru ini kita digemparkan dengan tragedi dimana seorang kanak-kanak berusia 6 tahun maut akibat daripada letupan mercun. Oleh itu kami berharap agar ibubapa sentiasa mengawasi dan melarang anak-anak dari bermain mercun supaya kejadian seperti ini tidak berulang lagi.
Owh..Pa&Ma mestilah wei..kalau bab parenting memang ai suka...
Ustaz Zahazan Mohamed Renungan hari ni agar tidak berbohong: Imam al-Tirmizi meriwayatkan daripada Ibn Umar sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Apabila seseorang hamba berdusta, maka kedua-dua malaikatnya menjauh hingga satu batu kerana bau busuk yang diakibatkannya.” (Al-Tirmizi berkata, “Hasan gharib.”)
Ustaz Zahazan pun ada byk tazkirah untuk renungan
Hasrizal Abdul Jamil Ketika saya mempertahankan PAS, saya mempertahankan kebenaran. Ketika saya mengkritik PAS, saya mempertahankan kebenaran. Ketika saya mengkritik UMNO, saya mempertahankan kebenaran. Tetapi saya tidak akan mempertahankan UMNO kerana UMNO adalah sistem. Saya melanggani kebenaran. Inqilabiyyah adalah yuran langganannya
Saiful Islam ni rasanya kalau saya buat ranking memang top 3 lah kot. Ideologi yang dibawa dalam setiap patah kata tu rasanya membuatkan saya ingin sekali mengkoreksi diri, menambah iman dan amal :)
Nor Haniza Taib Kenapa perlu takut pasal hudud? Dengar dulu... baru buat keputusan.
Penjelasan Hududullah & Bagaimana hukum Hudud boleh dilaksanakan di Malaysia Penceramah : YB Dr Fadzli Dato Hj Hassan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Tarikh : 10 Ramadhan 1431 / 20 Ogos 2010 Tempat : Medan Ilmu Muat turun video penuh dihttp://arkibkelantan.pas.org.my/kj/kj200810b.wmv
Tempoh:19:24
Kenal dulu dengan K.Chik... saya suka baca blog dia. Semoga terus diberi kekuatan untuk menulis ya k.Chik
Sidry Sinar Inspirasi dulu aku marah2 bila org ckp belajar dr kegagalan, sbb apa nak belajar dr gagal, baik belajar dr kejayaan, skrg baru aku tau bila aku sendiri belajar dr kegagalan.. berbaloiiiiiiiii
Sidry Sinar Inspirasi....haha...yang ni memang penuh wall saya tapi saya seronok tengok celoteh dia yang kadang2 diselitkan motivasi buat org yg berniaga khususnya...
FamilyEducation.com For hours of fun for your kids, check out thousands of printable activities and coloring pages in our Printables Center!
printables.familyeducation.com
Thousand of printable activities and printable games for children. Browse educational printables for children by type; Art & Music, Coloring Pages, Forms & Charts, Holidays, Printable Puzzles & Printable Games and Skill-Builders, and other Printables for kids and adults.
Family Education - more ideas to bring new things in Family
LoveToKnow Wondering where your money goes? Find out if you are making one of these ten money mistakes!
bit.ly
Most experts agree there are 10 things we waste money on that continually impact our abilities to save more and spend wisely. Take a look at the items on this list and see if you can make some cuts in your discretionary spending.
Love To Know - full info
salam..saya kat sini nak mintak pendapat kaum2 lelaki n hawa,sy baru mendirikan rumah tangga lebih kurang setahun yg lalu.dikurniakan seorg cahaya mata, masalah saya sekarang apabila sy melahirkan anak, hubungan dengan suami sangat hambar..suami berumur 35 merupakan duda dan berbangsa cina...
Kisah Rumah Tangga - kihkih...yang ni pun top 3...time pedas2 tu tumpang2 la berdesing tapi bila mai mood syahdu syahdan....tersentuh juga beb
Friza Love Novel Lawak betul enovel ni. sapa yang belum membaca. baca lah enovel ni
Hihi....seronok sebab dia update segala jenis cerpen dan novel...wonder how she is in her real life...asyik membaca aje ke???
*****************************
OK la kengkawan....tu je saja nk share... tapi apa yang saya kata ni bukanlah nak membuatkan kawan2 yang dah buang akaun FB dia, supaya buka semula. MAsing2 ada pendapat sendiri kan dan ini adalah pendapat saya saja. Malah kadang2 pendapat saya takleh dipakai pun... Saya bukanlah jumud sangat dan tidak juga ekstrim... saya adalah orang yang sederhana saja :)
Sebagai kesimpulan, saya kopipes lagi kesimpulan dari Ustaz Zaharuddin
KESIMPULAN
Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut :-
· Hukum membuka akaun dan menggunakan facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama facebook samada melalui dana kepada Yahudi, Amerika dan lainnya.
· Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latarbelakang pengasas dan syarikat facebook, mereka dinasihatkan untuk TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna facebook agar sentiasa berhati-hati, namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram secara umum.
· Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan untuk :-
a- Memanupulasi akaun facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.
b- Limitasikan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.
c- Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi ( khsusunya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had limitasi, tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Di samping ia akan kekal di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.
d- Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.
e- Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.
f- Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma facebook. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.
g- Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana facebook. Hatta parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan.
Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna dan membuka akaun facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Malah jikalau terdapat unsur syubhat sekalipun, ia telah diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui facebook itu.
**Tulisan yang kecik2 tu kalau korang nak bg besar tekan Ctrl sambil tekan butang '+' . Kalau saya kekalkan saiz font asal berjela la jawabnya nanti
me dah xbape layan fb skang...cam boring jek..huhu
ReplyDeleteknur sejak balik Msia pun dah tak habiskan masa main FM, CW atau semua yg ngaruut2 tu dah. tapi bab2 dpt ilmu, gunakan utk sebarkan ilmu dan meniaga mmg penting selain menjalinkan ukhhuwah.
ReplyDeletefirst mira memang banyak habiskan masa dengan blogging, so FB jarang layan.. kalau masuk pun sebab nak kene buat something on contest, main FV sume agi a tak pernah try.. sebab kalau try takut addicted
ReplyDeleteeT, dia kene ada geng..kalau takde geng kita dalam FB tak syok gak syok sendiri
ReplyDeletek.Nur, haa...kan berhijrah tu adelah baik...heheheh
Mira, kamu memang baguslah...no wonder awak ada lebih masa masuk contest kehkehkeh...nyesal layan FV dulu...benci2...
pija,
ReplyDeletekakyong skrg ni masuk FB sbb nak chat dgn kwan2... hehehe..
yg lelain tu dah tak layan..
kdg2 jer view status kwn2...