Huhu...saya tujukan entry ni kepada diri saya sendiri. Saya bukan macam kalian...saya pun tak sure saya berleter tahap macam mana. Tapi mmg kerap la jugak bising2 suruh anak mandi, suruh anak kemas rumah, suruh anak cepat pakai baju, suruh anak makan jangan tumpah, suruh anak erk....banyaknya yang aku suruh, pastu apa yang aku buat ek??
Abu Sa'id al-Khudri r.a. berkata, "Rasulullah pergi ke mushalla pada waktu hari raya Adha atau Fithri. Setelah beliau selesai shalat, beliau menghadap orang banyak untuk memberi nasihat dan memerintahkan mereka agar gemar bersedekah. Beliau bersabda, 'Wahai sekalian manusia, bersedekahlah kamu semua!' Kemudian beliau pergi kepada jamaah wanita (yang barisannya ada di belakang orang laki-laki), lalu beliau bersabda, 'Wahai para wanita, bersedekahlah kamu. Karena, sesungguhnya saya melihat bahwa kebanyakan kamu (kaum wanita) itu adalah penghuni neraka.' Para wanita yang ada di situ bertanya, 'Mengapa begitu, wahai Rasulullah?' Beliau bersabda, 'Mereka itu suka sekali mencaci maki dan menutup-nutupi kebaikan suami. Tidak pernah saya melihat manusia yang begitu kurang akal pikirannya dan kurang dalam hal agamanya sehingga menggoyahkan hati lelaki yang berhati teguh dan sangat besar penipuannya yang melebihi daripada salah seorang dari kamu semua, hai segenap kaum wanita!' (Mereka bertanya, 'Apakah kekurangan agama dan akal kami wahai Rasulullah?' Beliau balik bertanya, 'Bukankah kesaksian wanita itu separuh dari kesaksian laki-laki?' Mereka menjawab, 'Benar.' Beliau bersabda, 'Itulah di antara kekurangan
akalnya. Bukankah wanita itu apabila haid ia tidak mengerjakan shalat dan tidak berpuasa?' Mereka menjawab, 'Benar.' Beliau bersabda, 'Itulah di antara kekurangan agamanya.' 1/87). Setelah beliau bersabda sebagaimana di atas, beliau lalu pulang. Ketika beliau sampai di rumah, datanglah Zainab istri Ibnu Mas'ud mohon izin untuk bertemu dengan beliau. Lalu dikatakan, 'Wahai Rasulullah, ini ada Zainab.' Beliau bertanya,'Zainab yang mana?' Dijawab, 'Istri Ibnu Mas'ud.' Beliau bersabda, 'Ya, izinkanlah ia.' Lalu, ia diizinkan. Ia berkata, 'Wahai Nabiyullah, sesungguhnya pada hari ini engkau menyuruh untuk bersedekah. Saya mempunyai perhiasan, dan saya bermaksud untuk menyedekahkannya. Akan tetapi, Ibnu Mas'ud mengira bahwa ia dan anaknya adalah orang yang paling berhak menerima sedekahku.' Maka, Nabi bersabda, 'Benarlah Ibnu Mas'ud. Suamimu dan anakmu adalah orang yang paling berhak kamu beri sedekah.'"
Jika kalian yang membaca adalah wanita, maka kitalah golongan yang dikatakan banyak menghuni neraka itu. Menghitung2 diri yang sudahlah ada cuti tak payah solat, solat yang wajib dibuat pun adakala tidak menunjukkan kualiti yang bagus. Sudahlah begitu, ditambah pulak dosa2 yang makin dikumpul makin menggunung.
Ya ALLAH ngerinya rasanya untuk menghadapi semua itu. Sebenarnya kita ada contoh yang baik untuk menjadi isteri solehah. Contohnya Asiah isterinya Firaun itu. Suaminya adalah sejahat2 manusia tetapi disebabkan dia faham dia wajib mentaati suaminya maka semua arahan yang selagimana tidak melanggar aqidah diturutinya. Tetapi kita mcm mana?? Benar kita tidak sebaik Asiah tapi suami kita tidak pulak sezalim Firaun.
Seperti yang telah dipesan oleh ALLAH kepada Nabi Musa ketika mahu bertemu dengan Firaun dalam surah Taha : 44 - "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut".
Itu kepada Firaun kena bercakap dengan baik inikan pula kita dengan suami kita. Sebenarnya sikap berlemah lembut ni akan mencairkan kemarahan suami tu insya ALLAH. Cuma kita kena bersabar sikitlah. Bersabar ni bukan bersabar kosong, malaikat kiri kanan sentiasa ada untuk mencatit simpanan kita buat bekalan di akhirat kelak. Dan Malaikat bukan macam manusia ni cepat lupa, dia sentiasa taat dengan amanah ALLAH.
Jadi sebagai nak cover salah laku kita kepada suami, banyakkanlah bersedekah. At the same time, bersikap lunaklah dengan suami..semoga redha ALLAH selalu bersama kita.
Buat kanda ku, maafkanlah saye ek...kot la mulut saya luas terlebih selama ni. Mulut luas tu bukan ape bah, tu tandanya umi peramah kan??? hehehe...ailapyu...
huhu...tkena ni...pompuan n leteran kan kamcing...ai pon kuat leter...muda2 dh mcm mak nenek..kekkke pe pon, n3 ni bg ksedaran...sobss sobss sobss
ReplyDeletehuhuhu.....sob sob sob jugop :P
ReplyDeletesaya suka entri ni.menginsafkan...huhu
ReplyDeletethanks kak
ReplyDelete