Wednesday, September 08, 2010

Ai Tak Cantik Jugak, Tapi Laku Je?? :P

Bismillah,


Ahahaha....sungguh kontroversi kan tajuk?? Bunyik macam orang yang tak bersyukur je dengan pemberian ALLAH. Bukan tu maksud saya. Saya OK je dengan muka saya ni cuma saya tak sukalah kalau orang menjadikan alasan tak cantik tu pasal tak laku. Lagi bijak kalau nak cover line jawab, 'jodoh saya belum sampai' daripada jawab 'nak buek lagu mano, saya tak comel sobsob'.

Pernah tengok tak pertandingan Ratu Cantik? Mata kita kadang2 tak rasa pun yang menang nombor satu tu cantik. Kadang2 kita rasa yang tak menang tu patut dapat nombor satu. Alahh..kalau kita tengok Gadis Melayu pun mcm tu la. Orang ni kata yang tu cantik, orang tu kata pulak yang ni cantik. Sangat subjektif kan?? Samalah macam suami ai, dia kata ai lawa dari Siti Nurhaliza lagik. Apa?? Terkejut?? Jgn risau, nanti saya cek mata dia rabun ke tak ek...

Kadang2 dari perasaan rendah diri 'aku tak cantik' ni lah yang menyebabkan seseorang tu asyik bertapa dalam rumah. Kalau belajar taranum takpelah jugak, ini bertapa dalam rumah tengok TV sambil makan jajan. Sungguh tidak bagus. Nak tunggu mak ayah carikan jodoh?? Kalau mak ayah carikan jodoh yang sekufu kira oraitlah tapi kalau cari yang lain2 kufu macam mana?

So, satu cara yang bagus adalah mix around. Ha...saya tak kata pergi bersosial dengan budak2 yang bukan mahram ye... OK saya bagi satu kisahlah ek. Masa ni saya bujang lagik. Walaupun saya tak lawa ni... tapi ada sorang makcik tu yang cek mata dengan saya beria2lah ni nak ajak pergi rumahlah, nak buat anak angkatlah, siap bawak anak dia datang kedai. Anak dia pandang saya sebelah mata pun tak agaknya...kahkahkah...

So, dalam kes tu saya tak ngorat sapa2 pun. Tapi agaknya dah makcik tu berkenan nak buat menantu nak buat macam mana kan?? OK ye lah..mungkin saya cerita itu dalam ruang lingkup kerja saya. Kadang2 saya pergi jugak usrah, mm...kamu ada join usrah? Kalau tak ada, carilah 5-6 orang dan buat usrah. Kalau susah nak cari orang yang berilmu, mungkin boleh seorang amik turn baca satu bab buku agama atau buku apa yang patut. Begini pun OK tau..

Kalau tak berusrah, tak bekerja pulak..mungkin kamu boleh bersosial dalam internet. Join forum2 yang Islamik dan cari ilmu serta luahkan pendapat. Memang cara ni bahaya tapi saya rasa ramai yang jumpa dengan jodoh yang baik berasal dari join forum sahaja. Antara yang ramai2 tu, kadang2 ada je yang tak tengok pun wajah bakal pasangan tapi main terus declare je.

Tapi ingat ye kalian...saya bg galakan ni bukan di luar lingkup batasan agama. Agama hendaklah letak di depan sekali ye. Jangan main redah aje. Kat dunia ni kalau redah lecah-boleh cuci, redah sawah-habih kuat ada pacat lintah tapi kalau main redah dalam bab agama, rentungla esok2 weii... nasihat untuk diri sendiri jugak ni. Semoga yang mana rasa rendah diri dengan wajah masing2 tu berhenti2lah mengeluh dan cari kecantikan dalam diri. Kadang2 orang hanya minat kepada kamu pada perkara2 yang tidak kamu sangka...

6 comments:

  1. sy dh usaha tp jodoh belum sampai lg sebab byk sgt halangan.. doakan sy yer :)

    ReplyDelete
  2. Bersyukur dgn apa yg Allah beri... cantik bukan kayu pengukur utnk mdpt kejayaan dan kebahagiaan
    kalo cantik cam rozita cik wan skalipun, famili x lengkap, hidup bersendirian,byk kontreversi..xdak maknanya.hua..hua..hua

    ReplyDelete
  3. Saya setuju.. kecantikan terpulang pada yg memandangnya.. wajah cantik tapi perangai buruk.. tak molek juga..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..sy cantik orgnya..haha

    k.pija,doa2kan sy kawin cpt ye.. :)

    ReplyDelete
  5. janji comel di mata suami..hehehe...

    pada yang belum bersuami, jaga ketrampilan keseleuruhan yang penting beserta akhlak yang baik...cantik itu akan dtang dengan sendirinya..lagipun bak kata Pija, cantik itu subjektif..

    ReplyDelete
  6. banyak faktor lain yg boleh memikat. tapi faktor yg utama rasanya akhlak yg cantik dr rupa yg cantik.

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!