Thursday, September 16, 2010

Raya 1431

Bismillah,

Ohh..raya saya tahun ni bermula dengan kisah sadis. Time orang lain tgh sibuk bertakbir menandakan hari esok adalah hari raya, saya pulak melalak tak berenti2. Kereta yang kami hantar nak repair amik masa seploh hari baru siap. Part paling best lagik adalah part hari last berbuka tu my husband call dan bgtau kereta tak boleh start!! Skang bgtau saya kenapa saya takleh nangis??

Tapi alhamdulillah...adik ipar saya offer kereta Kelisa dia. Anak ku yang 4 org tu tidur kat seat belakang. Jgn tya struktur biologi mereka mcm mana, lebih kurang mcm popia lah jugak tinggal tak goreng jek lagi. Kot mana2 pun saya bersyukur kepada ALLAH kerana telah memberi saya cahaya setelah saya melalui kegelapan. Pagi raya tu, walaupun mata macam kene gam kanji sbb ngantuk tapi seronok yang amat.

Seronok sbb saya dapat bergambar dgn anak2 yang tak sempat pakai butang baju, part tu je dah seronok walaupun saya rasa baju raya saya tahun ni adalah baju yang paling hampeh pernah saya beli. Selepas tu, saya dapat bergambar pertama kali dengan mak abah dan adik beradik. OK, agak dramatik la kalau saya cakap saya rasa seronok dengan hanya bergambar, tapi memang itu menyeronokkan saya.


1st time tangkap gambo dengan sepupu..
tu pun Wa dengan Cik Yah kena paksa balik tak dan-dan nak balik
plus Siti, Cikcah dgn Adam yang tak reti nak balik :P

1st time tangkap gambo kami 3 beradik dengan mak abah...

1st time tangkap gambo dengan adik beradik saye..
mereka ini adalah budak yang kuat gadoh! :P
Nasib baik mereka ada kakak yang baik mcm saye...
Muahahaha....masuk lif, tekan naik tinggi2...
Adik saya edit gambo ni dalam FB dia dengan slogan
"Kami bukan anak mami, kami anak mak kami"

Dan, ini dia gambar kami sekeluarga...
Tak sempat nak boh butang baju melayu budak2 ni...huhuhuhu
dan lebih dasat lagi, tak dan nak gunting rambut Usamah dengan Uwaiys!!

Alhamdulillah..memang enjoy jugaklah raya kali ni
Terima kasih buat suami, saya tau dia tak senang duduk bila teringat bini dia nangis mcm budak2 tak dapat susu..huh, nyusahkan laki jek!

8 comments:

  1. selamat hari raya kak fizah!
    sukanya tgk pic akak sekeluarga,sgt best kan ada anak ramai2,comel2 semuanya.dah besar2 pun si abang2 tu kan...
    mmg rasa best sgt bila dpt bergambar full-version(semua ada),sbb gambar tu boleh ditilik2 stp hari,boleh dikenang2 berzaman kan,akan jd memori indah utk diingat2.mmg tak sia2 lah akak menangis,hehehe

    ReplyDelete
  2. x hampeh pon baju raya kak..comey jah ;)

    ReplyDelete
  3. mau tk nangis klu kete rosak time nak balik raya nih..

    dulu penah jugak terjadi kt kite.. tp mujur juga ms tu da ade kt kgpun.. nk blk ke johor smula yg mslh..

    ReplyDelete
  4. keta rosak, sapala yg tak nangis, kalo akak dah sah, teriak guling2, hancusss rayaku kalo jadi camtu.
    errmmm baju raya yg cute...berseri seri gitu

    ReplyDelete
  5. molek jah baju raya. Knur thn ni bergambar tak lengkap ahli keluarga. huhu

    ReplyDelete
  6. aah la k.pija,cntek ape baju2 raya kalian smua..pinjam tudung asmaa' n arwa bley?

    ReplyDelete
  7. wahhh..lawo baju..sedondon dgn anak2 dara...

    ReplyDelete
  8. pija di manakah hampehnya baju raya itu... nampak cantik jer sedondon.. bertuah la pija berbanding kakyong yg dah 3-4 tahun ni tak dpt berganti baju kurung.... huhuuu....

    kakyong rasa pija berganda2 bertuah dr kakyong....

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!