Saturday, September 18, 2010

Kisah Baju Raya

Bismillah,

Dah tatau nak cerita apa, maka ceritalah pasal baju raya. Sebenarnya, baju raya saya dah ada. Idea warna tu adalah sebab saya dapat jubah dari adik ipar yang balik dari Jordan. Cadangnya, saya punya tak payah beli. Tapi bila sesi membeli, masa kumpul semua yang nak dibayar, promoter tu plak kata, "Rugilah kak...orang lain pakai baju yang sama tiba2 akak pakai baju lain."


Kerana takut rugi tulah saya betul2 rugi sekarang!! Siap masuk fitting room OK sdgkan saya rasa dah berkurun zaman tak try dulu baju sblm beli. Waaaa....sebabnya adalah :

  • Dari taknak beli baju untuk saya, alih2 saya beli baju and even worse, saya punya paling mahal! Saya rasa ia mahal sbb kat bhgn leher penuh dgn manik.
  • Baju tu walaupun dalam byk2 saiz, ia adalah saiz yang paling besar, tapi ia tidak cukup labuh untuk saya yang tinggi merenjong ni
  • Kain tu pulak nipis
  • Saya pulak tak berapa minat baju yang takde cekak tangan dan baju ni rasanya takleh nak alter untuk buat zip di bawah ketiak sbb dia ada lining dan kalau nak belah kat leher pulak mesti hancur sulam manik tu.
  • Ramai pulak tu yang tgk saya pakai baju ni tegur beria2 sbb baju saya semua plain, alih2 pakai yang ala2 glamer tak kuasa ni. Part ni saya paling tak suka...
  • Suami saya pun, selepas dia tinggalkan saya kat Pt Buntar ni sbb nak bg can kat bini dia raya sampai pitam tiap2 hari anta mesej atau kata "Nape ummi pakai baju nipis tu gi jalan??" sedangkan saya hanya pakai pada raya pertama selama setgh jam tak sampai pastu pakai tghari raya kedua utk ke rumah mak sedara saya. Konon2 sound direct lah tu...hihihi
So, saya dengan rasminya nak say babai lah ke baju tu. Insya ALLAH akan datang saya akan pilih baik2 baju. Sangat menyesal kerana membazir... :(

5 comments:

  1. utk kita mmg rugi beli baju mahal-mahal yg ada manik kat leher sbbnya bukan 'nampak' pun manik yg kononnya cantik bila dipakai tu..mahal baju sbb charge manik tu jugak dan kain chiffon yang 'sejuk dan lembut' bila dipakai.double charge sbb kena lining ..huhuh

    thansk atas peringatan KPija...

    ReplyDelete
  2. eliss plak memang setiap tahun beli siap ajer sejak kawen dan pilih baju kurung biasa ajer..tanpa manik dan simple ajer..setakat hr ni puas hati lagi :)

    ReplyDelete
  3. perempuan memang kena teliti dengan baju sekarang kan :)

    ReplyDelete
  4. sekurang2 jadi pengajaran utk masa depan...
    kakyong tahun ni dah masuk tahun ke4 tak dapat baju kurung baru.. ingatkan tahun ni en ayah nak sponsor... hampeh... kita jer yg berharap2...

    ReplyDelete
  5. baju tu boleh sedekah kat orang lain..so insyaAllah tak jadi membazir..:)

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!