Anda tergolong dalam golongan yang macam mana?
Kalau orang buat salah dengan anda :
- Adakah anda cepat memaafkan sebelum orang tu minta maaf? Bagusnya..tapi kenapa ek anda maafkan sebelum org tu sedar kesalahan dia ye? Sbb kadang2 org tu tak minta maaf sebab dia tak sedar pun dia buat salah. Tapi ada jugak orang kepala batu, tak terasa pun nak minta maaf dari anda sebab dia rasa dia selalu betul
walaupun dia bukan customer (kan customer is always right??). Ataupun mungkin kesalahan orang tu kecik je kot kan?? So anda tak mau membesar2kan cerita, that's why U just forgive and forget... - Adakah anda memaafkan selepas orang tu minta maaf? Baguslah kalau anda maafkan orang especially kalau orang tu dah minta maaf dan sedar kesalahan dia. Buat apa nak panjang2kan cerita kan?? Tapi kalau susah nak memaafkan, apo nak dikato...jenuh la orang yg buat salah tu takleh tido malam kang. Tak kesian ke??
- Adakah anda tak maafkan dia selagi dia tak datang minta maaf? Uyyoh...mesti anda seorang yang tegas. Lagi ekau tak datang mintak maaf, lagi tulah ekau tak kumaafkan..hihihihi
- Adakah anda tak maafkan walaupun orang tu datang minta maaf? Hohohoho....takutnya kalau terkawan dengan anda...baik saya cari kawan lainlah...sbb I'm not perfect, boleh jadi apa yang saya buat awak tidak suka... :P
Owh, kehidupan adalah matematik. Apa yang saya tulis diatas adalah matematik bab kebarangkalian. Kalau kita berjaya tulis semua kebarangkalian, kita mungkin akan nilai diri kita sendiri dihujungnya tu.
Macam mana ye kalau orang tu dah buat silap kepada kita, kemudian dia datang minta maaf. Tapi unluckily, orang tu gives you a lame, half-hearted apology..mungkin sekadar nak melepaskan batuk di tangga. Maklumlah, dah terbuat salah maka kena lah mintak maaf. Kalau dapat permohonan maaf lagu ni, bukan takat susah nak maafkan, lagi marah adelah kot??
Tapi kalau orang tu datang minta maaf betul2, insya ALLAH kemarahan kita yang mengeluarkan asap gunung berapi tu cair, ikatan pun terjalin lagi, yang mana yang retak bercantum semula tak kisahlah permohonan maaf tu cepat atau lambat kan?? Sama lah mcm orang lain, kalau kita buat salah, kalau dah nak minta maaf, janganlah main-main. Seriuslah beb...
So, apakah yang menentukan kesalahan tu akan diberi kemaafan atau tidak?
- Bertanggungjawab atas kesalahan tu. Jangan secukup rasa je nak tuduh orang lain salah. Dah awak nak minta maaf, jangan lah kata, "Sebenarnya ai tak salah, yang salah adalah si polantot polantut itu".
- Tunjukkan betul2 rasa bersalah, menyesal atas kesalahan yang dah dilakukan. Common sense lah ni kawan..takkan nak minta maaf atas kesalahan telah memecahbelahkan rumahtangga orang contohnya, tapi datang minta maaf buat perangai badut?
- Berjanjilah takkan ulangi lagi apa yang dah dibuat silap tu.
Walaupun 3 langkah ni biasa2 je tapi insya ALLAH di dalamnya ada ubat dendam kesumat yang beranak cucu dalam diri. Semoga mudahlah hidup kita ni bila bebas dari dendam kesumat itu :)
kak siti,
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga. Maaf Zahir Batin
teringat masa kerja dulu.. biasalah kan dah nak dekat2 raya, kitorang akan ronda dr 1 jabtan ke 1 jabtan.. p jumpa semua org & salam & bermaaf-maafan.. dan dlm ramai2 tu ade juga yg buang muka bila kita salam dia.. salam pun hjg jari jer...
ReplyDeletetp kakyong tak penah amik hati.. teringat jugak kesah tu.. tp xleh nak recall sapa kah org nya....
bila kita maafkan semua org.. ade juga mulut2 yg ckp ' tak payah la baik sgt'.. huhuuu.. bukan lah baik sgt pun.. cuma sekurang2 kita sendiri xde nak dendam @ teringat salah orang.. tp ingat salah kita lebih pada orang...
kalau salahnya tak besar, lama2 perasaan marah akan hilang begitu saja...
ReplyDeleteApa-apa pun sempena hari mulia ini, saya mohon jutaan maaf jika ada terkasar bahasa tersinggung di hati selama kita kenal di dunia maya ini..
Selamat Hari Raya
maaf kdg2 perkataan yg sukar utk diucapkan atau perkataan yg senang dilafaz tapi kdg2 tak ikhlas. Tapi jgn risau....Knur ikhlas minta maaf kalau ada apa2 tersalah silap selama kita kenal di blog ni. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Raya kat Parit BUntaq thn ni?
ReplyDeleteselamt hari raya..maaf zahir batin..
ReplyDelete