Friday, November 20, 2009

Baby Snowdrop's Giveaway Result Is Out!!

Bismillah,

Dah sedap2 tengok Nur Kasih tadi, layan Jet Li sekejap. Saya bgtau Asmaa' apa kata kalau umi gunting rambut kakak mcm dia. He he...dia kata taknak, nanti tak cantik..huhu...amboi2 pandai plak ek nak cantik!!! Dalam dok tgh tengok tu, tetiba terlena dan dikejutkan semula oleh suami. Hihi...dia marah betul kalau saya tidur berterabur. Kalau nak tido tu biarlah kat tempatnya kan??

Dulu masa awal2 kawin, saya yang selalu gi kutip dia tidur merata2 sampai skang ni nak jumpa dia tidur merata2 tu dah jarang sangat. Kalau dia nak lena siang pun, dia akan lena kat tempat yang sesuai untuk lena. Kiranya skang ni dia dah well-trained dah aaa bab tempat tido. Siap marah orang kalau tido merata. Huhu...apsal U tak angkat je I masuk ke dalam?? Ahahahaha....

Alang2 dah bangun, tengok komputer tak off lagi, dan jugaklah terima satu dua komen dari kawan yang peduli hal kakyong kita. Alhamdulillah baru dua hari kutipan, kita dah dapat lebih dari separuh kutipan. Malah ramai pula kawan-kawan yang offer lappy masing2 yang masih boleh digunakan.

Sambil2 itu, saya blogwalking juga ke sana dan ke mari dan hasilnya...saya terjumpa nama saya dalam senarai penerima Baby Snowdrop's Giveaway. Jahat tak kalau saya kata, alhamdulillah sebab saya rasa saya agak terlewat untuk masukkan nama dalam giveaway ini tapi disebabkan orang yang terdahulu mungkin tak memenuhi syarat, maka I'm in!!!!


Ini insya ALLAH akan memberi saya satu semangat baru dalam mengamalkan satu lagi natural living. Saya mungkin akan membeli cloth pad sedikit demi sedikit bermula dari sekarang. Wah...sungguh tidak sabar menjadi orang2 yang cinta kepada kehijauan alam (uhuhu....dah macam Karam Singh puloks rasenye).

Walaupun orang kata susah, tapi saya rasa ia tidak akan susah lagi bila duit yang sepatutnya dibeli untuk beli pad dan diapers digunakan untuk tujuan lain sebagai contoh gelang emas umi...huhuhuhu...encik suami, sila tepuk dahi dengan pernyataan ini :P.

BannerFans.com

Plus, dengan nak tibanya masa nak melahirkan anak ini, saya juga mencari2 produk seperti Fenugreek Seeds ini. Saya sedar bahawa saya telah 3 kali gagal menyusukan anak dengan penyusuan eksklusif dan menyusukan Arwa secara eksklusif sehingga 8 bulan umurnya. Kini saya mahu upgrade lagi pencapaian itu dan sekali lagi mengamalkan natural living dengan menyusukan bayi yang bakal lahir nanti. Harga? Sangat memuaskan hati iaitu :

PRICE

Fenugreek Seed Per Capsule 600 mg :

1 packet of 75 capsules ( approximately 2 weeks supply
) - RM 22.00 (include kangaroo)

1 packet of 150 capsules ( approximately 1 month supply) - RM 40.00 (include kangaroo delivery)

1 packet of 300 capsules (approximately 2 months supply ) - RM 74.00 (include kangaroo delivery)

Discounts will be given for multiple packets bought. Please ask me for discount price.

Sangat berbaloi2 bukan?? Mmm..kepada tuan punya Baby Snowdrop, saya ucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan oleh ramai lagi ibu2 dan wanita2 dalam menjalani kehidupan alami.

Kawan2 ku?? Saya sudah ada kesedaran ini...anda??


Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!