Hari ini saya terima satu komen tentang blog saya, katanya 'seronok baca apa yang awak tulis' lalu saya katakan 'uh...ngarut2 aje memang pun banyak mengarut' kemudian di balas 'a'ah...tajuk ada tapi isi takde...tapi cantik dan kemas'. ( :P perluke saya amik balik perkataan cantik dan kemas itu??)
Kecil hatikah saya? Mmm..mcm biasa mula2 tu sentap jugak tapi lepas tu saya menung balik dan fikir, selama ni saya masuk blog org pun saya akan berkata dalam hati :
- uh...contest lagi
- uk ah...asyik gambo makanan aje
- ele...kopipes aje
Penulisan blog ini subjektif, seseorang itu mempunyai blog adalah untuk memuntahkan karangan2 dalam kepala masing2. Begitulah saya. Saya memilih penulisan santai kerana saya juga bukan minah skema. Justeru jika boleh diceritakan bagaimanakah perasaan saya ketika menulis buku dulu, saya katakan saya tertekan.
Bukan kerana apa, saya tidak boleh tulis ayat2 rojak yang lebih menyampaikan apa yang saya mahu sampaikan. Ok..mungkin sesetengah entry saya, tidaklah ada isinya...malah mungkin ada entry saya yang saya anggap ada isi, tidak diambil isinya oleh yang membaca. Lalu hadirlah komen2 yang sebegini.
Sama seperti jika kita membaca blog orang ini pergi makan ke restoran ini, hotel itu... mungkin bg dia, dia nk bgtau tempat makan kat sini sedap, kat sana tak. So, kita hormati ajalah apa saja minatnya bukan?
Tapi kepada penulis blog itu pun, jangan cepat melatah bila adanya komen yang begini. OK, jika ada rasa yang patut diubah, maka ubahlah...kerana dunia ini penuh dengan manusia yang pelbagai ragam dan pelbagai kemahuan, manakan dapat kita memenusi dan mengenali semuanya.
Dulu, saya masuk banyak contest sebab saya ingat kita boleh bantu orang promotekan blognya...tapi saya sedar pula selepas itu, kadangkala aras jualan penaja mungkin tidak bertambah walaupun contest yang dihasilkannya meletup kebabom. Sama seperti saya yang tidak ada bisnes online (ketika menulis ini...) malah saya tidak merasakan apa2 jua kesan sekalipun pernah menganjurkan contest sebelum ini. Pengunjung ke blog saya masih orang2 yang sama.
Blog ini? Trafik masuk saya perhatikan memang banyaknya adalah datang dari carian di Google dan Yahoo. Mereka menggunakan kata kunci yng pelbagai sehingga sampai ke blog saya yang naif ini. Namun, itu cukup menggembirakan saya dan benar2 mendatangkan kepuasan walaupun kehadiran mereka sekadar membaca dan tidak meninggalkan komen apa pun. Saya benar2 suka melihat kepada aliran Feedjit saya.
Anda bebas untuk memberi komen di blog saya. Anda tidak perlu memuji jika anda rasa perkara itu tidak wajar dipuji. Anda boleh beritahu saya salah dan anda juga boleh cadangkan, apa yang perlu saya buat untuk perbaiki kesalahan itu. Jadi, jangan bimbang untuk memberi komen, saya terbuka untuk menerimanya :)
*korang tak rindu kakyong ke??