Tuesday, November 03, 2009

Roommate Ku, Opismate Ku Jua


Bismillah,

Sebenarnya perlu ke sepasang suami isteri itu, atau barangkali kawan baiklah satu tempat kerja? Jawapan kepada soklan ini adalah subjektif...boleh jadi ada yang kata, "Mmm..elok juga jadi aku boleh control laki aku..idak le dia gi ngorat minah lain kan..." Tapi ada pulak yang kata, "Tanak ah satu tempat kje dgn bini...buatnya dia naik pangkat, aku lak yang keje bawah dia...jatuh saham la wei.."

Walau apa pun alasan kalian semua, saya ada satu alasan yang menjadikan saya rasa selesa kerana satu opis dengan roommate saya. Ini adalah kerana kami sama2 suka berniaga dan kami sama2 faham bahawa cara ini adalah cara yang terbaik (bagi situasi kami) untuk terus berada lebih dekat dengan anak2 dan ahli keluarga yang lain.

Manakan tidak sebelum ini, saya pernah bekerja dengan orang dan suami pun pernah bekerja dengan orang lain. Anak pula dijaga oleh orang lain dan masa untuk keluarga lain sangat minima. Bayangkan kerja 6 hari seminggu (malah kadang2 7 hari juga) dengan cuti tahunan 14 hari. Owh...jangan kata dengan ahli keluarga yang lain, masa bersama dengan anak2 juga sendat.

Kini, alhamdulillah dengan izin ALLAH, maka (walaupun banyak lagi hutang) kedai ini telah menyatukan kami malah suami saya telah memulakan satu lagi cabang perniagaan yang dekat dengan jiwanya iaitu penternakan. Mungkin jika lebih kudrat, dia akan masuk pertanian pula. Saya happy tengok keadaan ini bukan sebab apa, kami kerja tanpa ada paksaan dan bebas menentukan pukul berapa mahu kedai dibuka dan pukul berapa pula hendak tutup.

Risiko
Sungguhpun begitu, perkara sebegini sebenarnya ada risikonya juga. Kadangkala kehidupan peribadi dan profesional bercampur aduk. Sebagai contohnya kedai cermin mata kami ini memerlukan lebih sikap profesional. Ada masanya, ketika mana saya memerlukan bantuan suami, dia pula sibuk di kandang ayamnya. Lalu sikap profesional yang saya cuba tegakkan itu menjadi sedikit kendur.

Selain itu, tingkat bergantung kepada pasangan juga akan menjadi tinggi, jadi masing2 menjadi kurang berdikari. Bila ada sesuatu yang memerlukan kami membuat keputusan, selalu jawapan yang keluar dari mulut kami, "Nanti saya bincang dengan suami saya dulu..."Sebagai seorang isteri itu kira normallah jika saya minta izin darinya tapi bagaimana dengan suami saya? Kang dia mesti takut saya kecik ati kalau dia tak bincang dengan saya...

Bagaimana Mengendalikannya??
Apa yang penting, kami cuba menempatkan diri pada posisi masing2. Jika saya dilihat fully incharge pada perniagaan spek kami, maka suami memberi lebih peluang untuk saya menguruskannya. Jika berkesempatan saya akan ceritakan kepadanya dan jika dia perasan saya melakukan kesilapan, dia akan menegur saya. Maka tidaklah kami terkeliru sebenarnya ini tugas siapa dan itu tugas siapa.

Selain itu, kami juga harus menahan diri dari rasa ego. Bukan tidak tercabar tambah pula apabila menyentuh soal duit. Adakala, saya rasa ada hak untuk duit yang diperolehi dari kedai cermin mata tetapi saya tidak bekerja seorang diri. Maka saya perlu lebih toleransi supaya keseimbangan wujud antara kami berdua. Maka, apabila suami mendapat hasil dari penternakannya, saya akan tumpang tersengih2 sama. :P

Seterusnya kita mesti saling menghormati hak dan tanggungjawab. Suami saya memahami bahawa dia adalah lebih arif tentang mesin dan kaedah memotong spek, lalu dia tahu jika saya memerlukannya untuk tujuan itu, dia perlu menyediakan lebih ruang kepada kedai spek ini. Namun begitu, ada masanya pula, ketika dia perlu untuk berada di kandang ayamnya itu, saya tidak akan mengganggu dan memaksa dia balik segera jika keadaan tidak mendesak.

Kami telah membuat peraturan secara bersama dan kini sama2 kami mentaati peraturan itu. Memang jika ada yang meneliti detel pekerjaan kami, mungkin ada yang berfikir bahawa kami tidak mampu. Hakikatnya, alhamdulillah...kami masih selesa walau kadang2 diasak kesempitan. Dengan menggabungkan bakat dan kemampuan kami ini maka kami yakin, kami akan menghasilkan kekuatan berganda di masa akan datang.

Kini, saya benar2 selesa dengan apa yang saya lalui hari2. Ya...kadang2 saya rasa saya memerlukan cuti dan hal ini selalu kami bincangkan namun bila ada halangan (selalunya hal kewangan) maka, kami pendamkan sahaja hasrat kami itu atau mencari alternatif bajet yang lain supaya anak2 tidak terasa hilangnya nikmat masa kanak2 mereka.

*Entry ini ditulis dengan penuh rasa puas hati kerana saya benar2 suka dengan kehidupan yang saya jalani sekarang.... Mungkin mak abah saya akan memandang saya sebagai seorang yang benar2 berdikari kini... :)
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!