Bismillah,
Saya rasa anak2 saya adalah anak2 yang bertuah kerana walaupun berhutang kami selalu menyediakan makanan yang hampir tidak putus untuk menjadi kudapan mereka. Setelah memahami, selepas susu ibu, susu formula hanyalah menjadi pelengkap kepada makanan sahaja. Bukanlah susu formula itu menjadi satu makanan utama so mereka patut makan lebih banyak dari nyonyot susu.
Bekalan yang boleh kata jarang putus di dalam rumah kami ini adalah buah, roti dan susu segar. Bukan apa, makanan ini boleh terus disajikan tanpa perlu memasak terlebih dahulu memandangkan umi diorang pun pemalas. So, anytime diorang lapar maka bolehlah mereka makan terus. Cuma buahla kot mungkin kena kupas. Actually umi suka nak beli biskut beraneka jenis kat supermarket tapi sbb en Abah sangat tak minat dengan biskut tin ini, maka umi menghormatinyalah tapi umi beli juga sikit untuk umi makan jarang2.
Sekarang dah ada oven, mcm pagi ni jagung pun umi lewat rebus maka anak2 makan roti aje. kesian Usamah & Asmaa' ke tempat latihan solat mereka dengan makan roti aje tadi. Abah pun makan nasi lauk perangat aje. Tapi harini terkejut macam kene short karan bila umi kata, "Abah, arini umi rebus sayur aje laa ek..." Ini adalah ayat biasa jika umi malas. Tapi tiba2 abah kata, "Ala...goreng2 lah nasi ke. Jagung tak kenyang.." Ayyoh selalu abah pasrah aje...he he...
Barulah saya mula sedar dunia umi bersama anak2 ni adalah non stop cooking job. Dari pagi sampailah ke malam perangat lauk pun masak gak kan?? keje yang paling banyak umi buat dalam umah ni adalah masak. Nak mencampak tu sekejap aje but then the hiris2 part, the pesiang2 part really need my time concern.
Bila ada oven baru ni, mungkin adalah sikit lebih effort utk umi banyakkan stok makanan di rumah. Well nak buat byk2 sangat pun umi serba salah juga bukan sebab apa, bila rasa kenyang2 tu, umi pun teringatlah pulak ada org yang lapar..kadang2 org yg lapar tu bukan jauh sangat pun... plus takut buat byk2 jadi membazir pulak especially kalau tak habis.
Cuma rasa seronok bila memasak, anak2 makan tak kiralah banyak atau sikit dan abah pun pandai mengampu, "Mmmm....umi masak sedap kan??" Campur dengan gelagat anak2 nak buat2 tambah, rasa macam kepuasan yang takleh nak diungkap dengan kata2. Kadang2 ampuan abah dan gelagat anak2 ini really fertilized my mood in cooking. Hakikatnya, they knew their mother is not as good in cooking tapi boleh la nak buat makan anak beranak kan...
Woohhohoo...sekarang I'm going to do my azali job..memasak!! Uhuhuhu...
*Tak pernah saya sangka akan sampai ke tahap sebegini. Dulu main tuju kasut dan sekarang tuju bawang ke dalam kuali!!!
Ini adalah gambar yang dah lebih 2-3 bulan buat dah. Masa ni 1st time cuba untuk buat nasi ikan masin. Sedap oo yang ni (tolong ek...sedap bukan sebab me masak tapi sbb me ikut resepi nya aje)