Bismillah,
Hihi...saya juga layan Nur Kasih malah, malam tadi saya menang berebut remote Astro kat umah mak saya ni dengan suami saya. Sebab cerita lain saya tak tengok kecuali Wonderpets dan kebetulan sekali cerita ini saya follow dari mula. Ulangannya pun saya tak tengok, selama yang saya tengok Nur Kasih ni adalah yang ditayangkan pada malam hari Jumaat sahaja.
Mmm..semalam mengalir jugak aa air mata. Huhu..suami I buat2 tak nampak aje... Ntah nape tak pasal2 aje air mata mengalir sket masa endingnya. Sedih jalan ceritanya ke, atau sedih cerita itu nak habis saya pun tak ingat dah. Sepanjang cerita itu, saya emo sikit bila watak Sarah muncul. Suami saya pula tak abis2 usik saya dengan watak Sarah.
Saya takmau ulas panjang2 sangat sebab ulasan Lyna MSK sudah cukup mantap. Cuma satu, ini mungkin bukan komen kepada drama ini. Rumahtangga yang benar2 ditunjangi oleh tiang aqidah, sebenarnya tidak sekaku yang ada dalam drama itu. Apa yang saya cakap ini tidak sesuai didramakan. Seperti juga ia tidak ditulis oleh Fatimah Syarha dalam setiap karyanya.
Ada masa ahli keluarga ini, tetap bergurau senda. Tetapi gurau senda itu selalu sahaja berhemah. Mereka juga ada masa untuk bersukaria tapi sukaria itu selalu ada batasannya. Juga, mereka saling menjaga antara satu sama lain. Susah untuk saya cerita tanpa melihat sendiri. Ia adalah sesuatu yang sangat indah.
Keindahan itu datang dari kebergantungan yang kuat kepada ALLAH SWT. Semasa zaman sekolah dan zaman UKM saya, saya pernah melihat keadaan ini di beberapa rumah kawan2 saya. Sehingga saya selalu berharap2 agar dapat duduk dalam keluarga yang seperti itu juga. Ini terbawa2 sehingga saya minta emak saya mendoakan agar saya dapat kawin dengan ustaz semasa dia ke Mekah.
Hihihi...sehingga akhirnya saya ditemukan dengan suami saya yang cool ini. Pun saya tidak kelaskan keluarga kami sebagai keluarga yang mengamalkan watak2 keluarga Islam yang agung itu. Kami masih tercari2 formula yang sesuai untuk melaksanakannya dan saya harap formula2 yang kami gunakan ini adalah semakin membaikkan keadaan kami.
Ada masa, ketika memandang anak2 perempuan yang masih kecil dan bertudung, juga ketika mendengar tohmahan mata yang memandang, saya rasa begitu down. Tapi perasaan itu cepat2 saya tepis kerana apa yang anak2 saya cuba amalkan ini bukanlah dipaksa2 sangat. Malah ia benar2 mengikut fitrah.
Menutup aurat adalah satu cara untuk lebih mendekati jiwa Islami... Dengan menutup aurat, kita lebih sinonim dengan Islam. Kanak2 sekecil Arwa juga mampu menelannya dan saya rasa rugi ketika kecil dulu, saya diperli2 oleh abah kerana tidak memakai tudung. Malah banyak lagi perkara yang saya lakukan ketika kecil, jika dikenang2 saya akan tersenyum kelat. Kelat kerana terkenang kenakalan saya dulu....huhuhuhu
Apakah yang saya merepekkan ini? Kita sedang menumpukan kepada cerita Nur Kasih kan?? Saya berharap lebih banyak lagi karya2 seperti Nur Kasih ini. Oh ya...selepas itu ada Taubat Nasuha ye?? Saya tak tengok kerana sangat mengantuk. Sebelum terlena tu sempatlah tengok Zorro...huhuhu...
Mak saya kata cerita Taubat Nasuha tu elok sangatlah kalau golongan encik2 suami tengok...hihihi... Yakah??