Friday, November 06, 2009

Objektif Homeschool



Bismillah,

Telah lama juga isu homeschool ni kian hilang di kalangan blogger. Saya bukan nak memanas2kan semula hal ini. Bila sebut tentang homeschool, ikutlah kepada masing2 untuk memahami homeschool itu sebagai apa. Bagi saya, selagi kita mengajarkan sesuatu buat anak2 di rumah, itu saya namakan homeschool, iaitu bersekolah di rumah.

Saya sebenarnya mempunyai satu wawasan dan saya tahu ia sangat tinggi untuk dicapai. Saya mahu anak2 belajar lebih banyak dari kami dari apa yang dia belajar di sekolahnya atau di luar rumah. Ini adalah wawasan saya sebagai seorang ibu. Bila berwawasan begini, saya akan usahakan pelbagai cara supaya dapat merealisasikannya. Kini, sedikit demi sedikit saya mempunyai lebih masa untuk anak-anak.

Ini objektif saya :

  • Membentuk anak yang kreatif – supaya didalam kekurangan pun, dia akan dapat fikir sendiri cara untuk menyelesaikan masalah
  • Membentuk anak yang berdikari – supaya anak kita boleh melakukan sesuatu dengan sendiri tanpa meminta tolong kita atau orang lain.
  • Membentuk anak yang menyayangi dan mengutamakan keluarga – apabila ibubapa menjadi pusat ilmu mereka, pastilah pula mereka akan lebih dekat dengan keluarga.
  • Membentuk anak yang berkebolehan
  • Membentuk anak yang mencintai ilmu
  • Menjadikan peranan ibubapa lebih bermakna
  • Menjimatkan pendapatan
  • Mengelakkan budaya yang tidak sihat di luar rumah
  • Menyesuaikan anak dengan semua golongan masyarakat
  • Menjana keluarga bahagia
Mmmm..kalian doakanlah saya. Juga berilah saranan2 yang membawa saya lebih mendekati wawasan saya ini... :)

See..Arwa dah pandai pegang pen...sampai monitor komputer umi pun dia conteng!!!huhuhu...
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!