Bismillah,
Ini sajalah nak share ni..takde la penting mana pun. Apatah pula saya bukanlah orang yang well-managed pun...huhuhu...Cuma saya rasa apa yang saya tulis ini akan membuatkan orang2 yang bertanya soklan2 yang seperti, "Mcm mana nak bg ingat?" atau "Macam mana nak bagi disiplin?" atau "Macam mana nak itu ini..." mungkin akan dapat jawapannya.
Dalam satu hari saya akan ada 4 list untuk di beri perhatian. List2 ini pula bukan saya buat pada hari yang saya nak buat. Saya akan tulis list2 ini sehari dua seblom saya mesti melakukannya. Jadi, disini adalah persediaan saya untuk bersedia apa yang akan saya lakukan pada setiap hari. Bila saya dah jot down apa yang saya nak buat, maka saya dah set dalam kepala apa yang akan saya lakukan pada hari itu.
Malah, apa yang ingin saya lakukan itu, akan saya beritahu kepada suami saya juga. Itu sebab saya perlu kepada diari. Bukan untuk meluahkan rasa hati tetapi sebagai kawan yang akan memberitahu saya, "Pija, arini ngko kena buat itu dan ini".
Diariku yang lunyai..tahun ni nak beli yg lebih murah, diari saya yang ini sangat mahal!!!
OK, ini pula adalah 4 list yang saya maksudkan :
- things to do
- things to cook
- things to buy
- things to pay
Kesemua 4 list di atas juga tertakluk kepada jadual harian saya dan anak2. Walaubagaimanapun, saya dah alter jadual saya itu dari masa ke semasa kerana mengikut perkembangan anak2. Contohnya sebelum ni saya jadualkan aktiviti mewarna & melukis mereka tetapi nampak gaya mereka suka mewarna & melukis di setiap masa. Jadi saya sediakan aktiviti lain di waktu itu.
Things To Do (TTD)
Memang saya mempunyai jadual. Jika perati memang semua pekerjaan perlu saya lakukan setiap hari. Dengan list TTD ini saya akan meletakkan prioriti kepada kerja2 rumah saya dan pengurusan anak2. Jika kain misalnya tidak penuh sebakul, saya tidak akan lipatkannya sehinggalah ia penuh sebakul. Jika tidak ada tumpahan di atas lantai, maka tidaklah saya perlu mengemop setiap hari. Jika lantai bilik air masih bersih, tidaklah saya memberus setiap hari. Satu yang cuba saya amalkan dari list TTD ini adalah 'jangan bertangguh'. Bukan apa, jika saya bertangguh, maka saya jugalah yang akan menanggung kerja2 yang melambak itu.
Things To Cook (TTC)
Antara yang selalu termasuk dalam list TTD saya adalah TTC. Sebabnya setiap hari ahli keluarga kami makan. Oleh itu, setiap hari saya akan sediakan senarai TTC. Saya bukan dalam golongan pandai masak tetapi itu bukan alasan untuk saya tidak masak. Saya mungkin cepat jemu dengan sesuatu masakan jika masak berulangkali.
Jadi, untuk menjadikan diri sendiri orang yang minat makan, maka saya akan cuba masak variasi jenis masakan. Susah jika mahu idea itu datang sendiri jadi saya akan gunakan buku resepi. Sebagai contohnya, dalam minggu ini, saya belek majalah Nur dan saya ambil resepi2 di dalamnya untuk dimasak beberapa hari ini.
Ini sebenarnya adalah katalog Avon..bukan saya punya pun..
Tapi dalamnya dah tak de katalog, yang ada hanyalah resepi yang dinanti untuk dimasak...ahaha
Jika saya dah masakkan masakan itu (sekalipun resepinya adalah masak kicap okeh) saya akan tandakan dan saya berkemungkinan tidak akan membelek majalah itu lagi sehinggalah saya dalam pantang nanti..he hehehe...
Things To Buy (TTB)
Setelah membuat senarai TTC, saya pasti mahu menyediakan barang2 untuk di masak. Untuk ini, saya akan membuat senarai yang saya hendak beli pula (TTB). Sudah beberapa kali staff Econsave akan menegur saya kerana di tangan saya akan ada kertas kecil dan pen untuk menanda barang yang saya sudah ambil.
Selain dari barang dapur, jika ada keperluan lain seperti sabun atau alat tulis, saya akan masukkan dalam list. Jadi bila saya kluar saja, sekali harung saya akan beli apa yang telah saya jot down. Ini membuatkan saya tidak berlama2 di Econsave atau pasar dan saya juga tidak akan terlebih bajet (maklumle...orang cukup makan :P)
Things To Pay (TTP)
Alang2 keluar dari rumah, saya akan membuat pembayaran atas bil2 atau hutang, atau duit kedai. Perkara yang saya nak bayar ini terbahagi kepada dua. Satu adalah duit kedai dan satu lagi saya masukkan dalam senarai hutang :P
Untuk manage pembayaran hutang, saya bahagikan ia kepada empat pula...he he he...ada rasa wiung2kah melihatnya :
- Hari pertama - bayar loan bank - asal sahaja berhutang dengan bank atau institusi seumpamanya sebagai contoh kereta, PTPTN, peribadi maka saya akan cabut duit dari collection kedai satu hari ini dan bayar
- Hari kedua - bayar hutang individu (RM 100) - hutang2 lama yang berlaku zaman merudum kami...at least tak semakin menambun sekarang...
- Hari ketiga - bayar duit anak (RM 100) - mengqadha zaman tidak disiplin membayar elaun bulanan mereka.
- Hari keempat - bayar bil - bil utiliti kedai, rumah, sekolah, insuran, apa yg saya teringin nak beli dll
Aturan ini telah saya buat sehingga hujung tahun 2010. Fuh!!! Sungguh hazab sekali rupanya nak menghabiskan bayaran sedangkan semasa membeli kereta dan menggunakan duit hutang itu begitu mudah sekali :P Ada antara hutang2 yang saya senaraikan di atas akan saya habiskan sebelum tempoh yang saya maksudkan tetapi akan saya gantikan dengan membayar loan kereta dan sebagainya...Ini usaha saya untuk melepaskan diri dari belenggu hutang.
Ini adalah bajet bulanan saya - hanya saya sorang ajelah yang faham :P
Itu sajalah yangh boleh saya share, kot ada cara yang lebih mantopp..boleh lah share bersama2 ek...
baru jer baca.. sebenarnya bagus kalaukiter jot down budget.. at least kiter tahu hutang ke mana.. saya cuma guna kertas kecik2 je pastu buang. lepas ni nak guna idea awak guna diari pulak.. sama la kiter nie, hidup cukup2 makan..asalkan hutang kita bayar...=)
ReplyDelete