Tuesday, November 17, 2009

CONTEST - "I'm Yours"


Bismillah,

Uhuhuhu...nyampah ek pengunjung blog ini dengan tuan punya blog ini yang asyik masuk contest? Ihihihi... erk, tgh dok taip ni baru terlintas nak tengok tarikh akhirnya...arini weih!!! Den ado 4 jam aje lagi...takpe2...sbb gigih punya pasal akan ku cuba jugak. Seb la dah masak n esok raye pakai tumpang sekaki periuk mak I aje...ahahaha...

Lya ni sya tak pasti tapi saya ada kot sekali dua bagi komen tentang kisah terbarunya. Lya, akak ni contest masuk jugak tapi sebenarnya akak selalu terfikir, macam mana lah akak kalau di kedudukan Lya. Pasti berat bukan untuk buat keputusan. Pasti kita sayangkan janin kita namun perlu juga diingatkan mereka yang menyayangi kita. Harapnya, Lya akan dapat menjalani kehidupan ini dengan tabah.

a) Mula2 I nak upload gambo kami, latest fresh2 punya :

Abah kata, kalau cium umi dalam restoran ni nampak beno rakusnya...jadi dia cium Arwa aje bagi pihak umi :P

b) Pic di hari kawin kami :P


1st time jumpa dan duduk dekat2, malu2 nak pegang tangan lah kunun :P

c) Pic suami ku tercenta

He is a full of fun man...

Alkisah suami ku..

Sebenarnya di dalam blog ini merata2 ada cerita pasal suami ku nan cumil itu. Ada manyak menda yang dia buat memang susah nak lupa. Mustilah ada yang manis dan ada yang pahit. Tapi ketika mana detik kepahitan melintasi kehidupan kami, saya akan ingat yang dia selalu sebut, selalulah letak pergantungan kepada ALLAH SWT. Jadi apabila kita dalam kedukaan, kami tidak akan rasa keseorangan.

Tapi memang betul pun, bila saja kami diduga... ia akan membawa kepada satu anjakan baru. Jarak antara satu perkara duka dengan perkara duka yang lain semakin menjarak. Ada setengah orang memberi kejutan dengan bunga kepada isterinya, tetapi suami saya selalu membuat kejutan dengan perkara pelik yang lain, seperti membawa balik ekor lembu untuk umi rasa :P

Ada satu kali, saya tidak boleh lupakan ini, dia belahkan buah kelapa dan letakkan daun keladi berbentuk 'love' di atasnya dan bg umi minum. Bunga, pernah sekali aje dia bagi dan bunga tu bunga utan dan saya sangat hargainya. Sempena perkahwinan kami dulu, antara koleksi terbanyak hadiah yang kami kumpul adalah lampu tidur (diorang ni ingat orang kawen ni asyik tidur aje kah??). Satu dari lampu tidur itu, suami ku telah hiaskan sehingga bila di pasang ia membentuk 'Sabri love Fizah'. Auuuwww...huhuhu...

Sesungguhnya mengahwini suami saya adalah satu takdir terindah yang pernah terjadi dalam hidup saya. Dengan kehadiran 4 nak masuk 5 anakanda ni, saya merasakan hidup saya cukup lengkap. Kami hidup dalam kecukupan, tidak berlebih tapi hanya 'cukup' namun tidak pula kami menyesali ini. Semenjak perkahwinan itu, saya adalah milik suami saya dan saya berbangga menjadi miliknya :)

Mmm...ikut hati manyak tu nak tulis tapi Lya dah pesan pendek2 aje..terpaksa aa saya buat ringkasan karangan :P

*Ada lagi sejam kot2 korang sempat masuk contest Lya...tekan banner dalam entry ni eks...


Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!