Bismillah,
Merenung kepada Ros MBP yang sekarang sedang membuat perancangan sebelum berhenti kerja, saya cukup tabik. Bukan nak kata yang orang lain mementingkan kerja berbanding keluarga tetapi untuk situasi Ros, masa mungkin telah hampir2 tiba untuk dia menumpukan lebih masa kepada keluarga. Untuk mereka yang mahu berhenti kerja dan mungkin mula menjadi WAHM (Working @ Home Mum) bolehla baca entry Ros di link ini. Idea yang Ros share tidak gila seperti tajuk entrynya... :P
Mungkin ada di antara kita yang berasa serba salah untuk memulakan langkah ke arah ini. Nak berenti, baru je dapat naik pangkat. Tapi nak pulak tengok anak besar depan mata... Karier tu pulak penting untuk menunjukkan eksistensi tapi takmo pula dicop sebagai seorang ibu yang mengabaikan keluarga. Apatah pulak, gaji anda benar2 membantu suami anda menampung kehidupan yang tidak pernah cukup mcm dalam artikel Lyna ni plak.
Mmm...perkara di bawah ini mungkin boleh dijadikan pertimbangan sebelum anda bertekad menjadi surirumah sepenuh masa atau WAHM.
- Kewangan - cek betul2 pendapatan suami semata2 bolehkah menampung sara hidup anda sekeluarga. Atau mungkin anda boleh mengurangkan belanja yang sedang diamalkan sekarang supaya tidak terasa bebannya nnt bila pendapatan berkurangan.
- Realistik ke? - pastikan keputusan anda logik. Mana tahu anda tidak boleh puas di dalam pekerjaan anda kerana anda terlampau mahu melihat anak anda setiap masa?
- Sokongan pasangan - kalau dah encik suami nak tanggung selepas anda berenti, eloklah berenti. tapi kang jgn plak bini mintak itu ini bising2 pulak kan...
- Bertahan tapi perlu kompromi - kalau still nak terus kerja, fokus betul2. Time kerja, sila kerjakan kerja anda betul2. Balik umah, jangan bawak beban keje balik sampai anda kerjakan anak2 anda plak. Perlu juga kompromi dengan bos, "Oh bos ku yang wangi...janganlah suruh daku bawak balik mengira segala mak nenek ini dirumah. Kerana di rumah, aku perlu bilang berapa biji bawang perlu ku hiris, berapa kaki persegi rumah yang perlu ku sapu dan berapa banyak tapak kaki hitam anakku yang memenuhi rumah. Tenkiu" Tapi utk berkata begini, kat tempat keje jgn le asyik blogging ek sampai tak buat keje....eheheheh...
Saya faham, susah nak decide untuk berenti keje ni. Even saya sendiri, sekarang saya ada kedai yang saya uruskan sendiri. Untuk ubah kepada serah atau gaji orang urus sepenuhnya, masih banyak perkara yang perlu saya timbangkan. Utara Selatan Timur Barat semua nak kena fikir. Jadi berdoalah banyak2 moga ALLAH beri petunjuk kepada anda dan saya dalam melalui liku kehidupan ini. Janganlah mataku dikaburi wang sehingga kasih sayang buat anak jauh pula kutinggalkan...
Wajah inilah yang membuatkan saya terus mahu berada di rumah dan melihat dia dewasa di depan mata saya. Kasihan kakak dan abang2nya yang membesar di tangan orang lain dulu...