Friday, July 30, 2010

Asmaa' Mimpi Umi Mati

Bismillah,

Huhu...anak dara saya sudah 6 tahun lebih. Sekarang ni mimpi dia pun dia share. Semalam, saya bangunkan dia untuk mandi. Bangun2 saja dia pandang muka saya betul2. Saya ingat dia mamai lagi. Lepas tu saya tarik dia betul2 supaya dia betul2 bangun. Sampai depan bilik air, dia bagitau dia mimpikan saya sambil buat suara merengek-rengek macam nak nangis.

*selingan : dulu diorang tak sebut perkataan 'bayang' atau 'mimpi', diorang kata 'nampak dalam mata' :P jenuh ajar bezakan bayang dengan mimpi

Asmaa' : Umi, kakak mimpi umi mati
Umi : Mimpi je kakak, umi hidup lagi ni
Asmaa' : Ye lah mimpi tu macam betul. Abah pun nangis
Umi : Dah...pergi mandi (waaaa....sedih jugak bila anak mimpi mcm tu)

Lepas mandi dia sambung

Asmaa' : Kalau umi betul2 mati macam mana?
Umi : Kalau dah sampai masa umi, matilah umi kakak...kakaklah kena jaga adik
Asmaa' : Tapi kalau umi mati, Ahmadi nak minum susu dari mana?
Umi : Kena beli susu lainlah bagi Ahmadi minum.
Asmaa' : Dah tu abah tak bagi Ahmadi minum susu lain (anak-anak saya kursus full BF wohhh)
Umi : Kalau dah umi mati, terpaksa la bagi susu lain jugak kakak
Asmaa' : Kakak boleh kemas rumah, sapu sampah, basuh pinggan, jaga adik. Tapi kakak tak pandai masak.
Umi : Kalau umi takde abah la masak. Lepas tu kakak belajar la sikit2.
Asmaa' : Tapi abah kan kena jaga itik, ayam, kuda... ke kena cari umi lain (dia nangis semula tang sini....)
Umi : Kalau dah abah nak cari umi lain, ada umi barulah kakak nanti.
Asmaa' : Kakak tak nak umi baru. Umi baru mesti jahat....
Umi : Dah..dah...gi pakai baju

Wahhahahahaha....Ha engkau, tengok sangat cerita Sarimaya!!

**Drama bersiri Sari Maya terbitan GBSB menemui penonton tidak lama lagi menerusi TV9. Drama yang mengandungi 26 episod ini mengisahkan tentang Dali, yang telah mempunyai isteri bernama Aishah, berkahwin untuk kali kedua bersama Rubiah. Aishah sedih sedih dengan tindakan suaminya yang menyebelahi isteri kedua. Di takdirkan kedua-dua isteri Dali mengandung dan melahirkan anak perempuan. Anak Aishah diberi nama Maya dan anak Rubiah pula bernama Sari. Antara pelakon yang membintangi Sari Maya ialah Fauzi Nawawi, Zizie Ezette, Liyana Jasmay, Nabila Hubda dan Kuza.

6 comments:

  1. kesiannnn, kecik2 dah terpikir cammana la hidup kalo umi mati, kalo dpt umi baru...huhuhu

    ReplyDelete
  2. kalu mmpi orang lain mati maknanya umur orang tu panjang(org yg mati dlm mimpi)...insyaAllah..

    ReplyDelete
  3. tinggi tol imaginasi dia tu.
    tpikan kak
    aku rasa maybe seharian dia dok nengok akak ni berhempas pulas menguruskan adik2 dan dia n rumah,memask lagi
    tu yg terbawak - bawak dlm mimpi.
    tpi ade org ckp,klu org lain or kita sendiri mimpi mati..
    maksudnya kita ni pnjng umur or nak dapat rezeki.
    apekah rezeki yg itu?(ahmadi gigit jari kaki)
    pingsannnnnnnnnnnnn!
    ahahaha

    ReplyDelete
  4. k.su, kemain lagi ek...anak kawan saya siap nak taruk racun kat mak baru kalau abah dia kawin lain

    ckin, aminnnnnn.....cuak weihhh

    ayu, PINGSANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN

    ReplyDelete
  5. hahaaa... kelakar pun ada... baca n3 ni... tp sayu pun ada... asmaa' asmaa'...

    ReplyDelete
  6. ishk,,nampak sgt anak itu sayang umminya....

    tp...x sangka kan..anak sekscil itu begitu jujur membuat pengakuan x moh umi baru,,.,..huhuhu


    Sumijelly.com

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!