Wednesday, July 21, 2010

Memupuk Semangat Bersosial Pada Anak

Bismillah,



Ada anak 5 ini, macam2 ragam saya perhatikan. Semalam, petang dalam kul 530 petang, saya bagi mesej kepada suami, "BUNDLE, BUNDLE, BUNDLE" siap tulis huruf besar... Bila tiba kul 6 petang, saya mesej lagi, "Dah dok luar rumah ni" hehehe...so, dia macam takde pilihan kene balik dan ambil kami keluar. Yang keluar perkataan bundle tu sbnrnya saya nak ajak dia ke kedai bundle, padahal saya tak kisah nak gi mana pun takpe...janji keluar rumah :P

Sebab langit nampak sangat mendung dan mungkin hujan lebat, maka suami saya mengarah ke rumah kawan dia. Keluarga yang sangat peramah bila sambut kami dan akibat dari peramahnya tuan rumah tu, anak2 saya pun jadi peramah semacam. Bukan semacam OK, ada 5 macam!! Asmaa' buat gaya 'malu2 tapi mahu', Usamah pulak main kucing satu rumah, Uwaiys potpetpotpet habis dengan orang, Arwa senyap sampai jatuh terhantuk pun tak menangis mcm dia sll nangis kat umah dan Ahmadi dok bawah tudung umi macam selalu.

Seronok juga bawak anak2 pergi ziarah sana sini. At least boleh ajar mereka social skills. Social skills ni penting untuk memberi keyakinan dan menggalakkan mereka beradaptasi dengan cepat dengan persekitaran. Kalau saya buat ranking anak2 saya ni dari segi skill sosial mereka, memang Uwaiys dapat lebih banyak bintang. Mana dia dapat skill tu pun tatau la... :P



Cadangan 1 : Menggalakkan Emosi
Emosi ni sebenarnya permainan kita dan anak2 dalam kehidupan seharian. Tapi buat anak2 kecil, bukan semua emosi mereka tunjukkan dengan mudah. Mereka mudah gembira dan excited tapi kalau time diorang marah, mereka mengamuk tak tentu pasal sehingga kita terus menganggap budak2 ni sebagai kuat mengamuk atau mengada2. Sedangkan mereka sebenarnya tak pandai untuk mengekspresikan perasaan itu. Jika kita mengajar mereka untuk handle perasaan marah, benci, disakiti mereka itu, insya ALLAH semuanya akan OK.

Cadangan 2 : Practice & Perform
Selalu budak2 ni kalau kita bagi dia task apa2, kemudian dia buat dan kita ucap terima kasih je pun dia dah sengih sampai telinga. Mertua saya kata, sebagai contoh kalau dia nak pergi rumah orang, pesan siap2 jangan nakal2 pada anak2 dia.Saya pernah cuba juga dengan anak2 tapi kita tambahlah dengan ucapan terima kasih atau hadiah2 lain yang termampu. Semoga dengan galakan sebegini, dia akan lebih yakin untuk bersosial.

Cadangan 3 : Beritahu dia apa yang kita suka tentang dia.
Sebagai contoh, bila terlihat Asmaa' share barang dengan adik2 dia, saya akan cuba bgtau... "Waa...macam tu lah kakak, boleh kongsi barang dengan adik." So, di lain kali, dia akan cuba buat lagi perkara yang baik itu. Makin banyak kita buat begini, insya ALLAH makin banyak benda dia tahu yang apa yang dia lakukan itu adalah betul dan baik.

Cadangan 4 : Kita kenalah jadi contoh yang mantap
Hahaaa...kalau kita kuat jadi Tarzan, mana lak anak tak memekik kan? Huhu...baiklah2, saya akan cuba men'slow'kan volum suara saya di masa akan datang. Haih...suami saya dah banyak kali cerita orang itu orang ini yang jarang marah2 anak mereka... itu bahasa indirect kah nak suruh saya jangan marah2??

Cadangan 5 : Belajar Untuk Mendengar
Haa...yang ni, walaupun saya bekeng orangnya, tapi saya selalu jugak cuba dengar apa  mereka nak kata. Saya nak mereka selesa bercerita apa2 dengan saya, bukan dengan orang lain. Jadi, demi untuk menambahkan keselesaan bercerita itu, saya kena kurangkan bekeng saya... go Pija, tarik nafas..... hembus...... Saya pernah dengar satu game yang boleh kita buat main dengan anak2 kita. Mula2 kita ajak diorang duduk bersama, kemudian kita kata kita akan cerita sesuatu. Lepas tu diorang kena ulang. Kemudian, mereka pulak yang kena buka cerita dan kita akan ulang cerita tu. Ini akan menjadikan mereka bukan sahaja pandai bersosial, tetapi sebagai a good listener juga!

Cadangan 6 : Mengajar Anak Menolong
Apabila melakukan kebaikan, kebiasaannya anak kecil akan dihargai dengan pujian sama ada dari kita atau orang lain. Jadi, kita hendaklah mengajar mereka untuk memberi pertolongan dan menjelaskan kenapa pertolongan itu penting tidak hanya untuk memperolehi pahala kepada anak tetapi kepada orang yang ditolong itu sendiri.

Cadangan 7 : Ajar anak mengalah
Yepp...terbaru cerita anak jiran saya yang datang melempap di rumah dari tghari sampai ke petang dan pengaruh yang serong saya dapat lihat. Ketika Usamah mengadu disepak oleh budak tu, saya keliru sama ada untuk menyuruh anak saya membalasnya atau yang lebih baik, suruh dia masuk dalam rumah dan duduk diam2. Di kebanyakan masa anak2 saya bergaduh juga, saya selalu mengajar yang lebih tua untuk mengalah. Sebenarnya mengalah tidak semestinya kalah, tetapi sebenarnya mereka membina harga diri yang lebih tinggi lagi.

Satu cabaran yang hebat sebenarnya hendak membesarkan anak untuk menjadi seorang insan yang benar2 baik. Kadangkala kita telah memberi acuan terbaik tetapi di luar rumah, seseorang yang lain dengan mudah merosakkan bentuk yang kita buat itu... semoga ALLAH melorongkan kita ke jalan terbaik.

7 comments:

  1. kak pija,
    cadangan yang ke 7 tu teringat aritu bawa anak gi rumah PIL...n sepupu2 yang 2 org tu dua2 perempuan n tua setahun dari dia...
    patut yg tua mengalah tp ni anak sy lak yg lg muda mengalah pulak...
    gentleman la katekan..hehe

    ReplyDelete
  2. good entry pija,

    kadang2 kita tak dapat control persekitaran, nak bina jatidiri anak yg boleh control persekitarannya... bukan senang sebab kita sendiri as parent pun kdg x bole buat... huhu

    ReplyDelete
  3. Xana, hishh...gentleman mcm tu nnt cpt dapat menantu tu :P

    K.Wan, tu lah kekdahnya....padanlah org perempuan sll jadik queen control kan...tp hopefully queen control yg baik2 aaa :D

    ReplyDelete
  4. sy punye 4 org...4 ragam yg buleh tahan juge..nak2 anak no.3 tu..laen sikit tantrum dier..sabor je la...

    thanx 4 these infos k.pija

    err 2,3 mlm sudah sy mimpi g umah k.pija .. haha..but dun worry keadaan umah akk tersusun rapi :p

    p/s:err kalo komen sy ni duplicate silelah delete yer..

    ReplyDelete
  5. ummi bekeng ko?? hehehehehe
    satu perkara yang me suka praktik.. bila anak2 tlg kami.. selalunya kami akan kata, 'kalau tak der anak mama tlg mama, mesti mama tak leh buat ni', hasilnya nampak sgt anak2 suke dan rasa dihargai...

    ReplyDelete
  6. Hanie, huhu sampai termimpi2 pulak...kene dtg tu...umah ni kalu sepah kejap je kemas sbb bdk2 ni takut umi sapu toy ke luar :P TAPI k.pija adlh sgt malas nk hang kain uwaaaa...maka adlh sikit timbunan kain dlm bilik...

    Ummumishkah,
    a'ah ek...selain terima kasih, ckp mcm tu pun ok kan?

    ReplyDelete
  7. wah... best la tip ni... TQ for sharing... bole la Maria apply kat anak2 gak... :)

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!