Sebenarnya, anak-anak yang baik, cerdik dan penuh dengan nilai2 Islami sudah cukup membahagiakan. Itu sudah menunjukkan kasih mereka terhadap kita dan diri mereka sendiri. Tetapi hendaklah kita yang mewujudkan suasana yang harmoni sebelum melahirkan anak yang penuh pengertian. Seperti yang dikatakan oleh 'Rahsia Perkahwinan' dalam Facebook :
Rahsia Perkahwinan Anak yang dilahirkan dalam ruang keluarga harmoni akan memacu landasan hidup sempurna. Wujudlah rumahku, syurgaku yang menjadi impian semua pasangan. Semua inginkan kebahagian melalui gerbang perkahwinan dan Islam menggalakkan perkahwinan untuk mencari ketenangan.
Apa yang saya cadangkan di bawah ni adalah sekadar cadangan tambahan. Tambahan kepada nilai2 yang telah kita semaikan kepada anak2 kita dalam bentuk yang lebih praktikal.
1. Buat hadiah untuk seseorang
Sebagai contoh kepada mak abah ke. Kita plan dengan anak buat sesuatu untuk abah diorang (bertuahla golongan apak2 ye.....sbb yang sll kompromi dengan anak itu adalah makbonda nya kan??). Tak payah banyak lah, tolong cuci kereta pun dah cukup bagus sebab dah tengok abah dia biar debu lekat kat kereta sampai dah boleh buat tayammum kan??
2. Ajak anak masakkan sesuatu.
Minta diorang ingat apa yang opah dia ke, atau abah diorang ke suka makan apa. Kemudian buatlah sama2. Alahai...rasa lamanya dah tak buat cookies ekkk...
3. Pusat Jagaan Orang Tua
Ini kalau mampu lah kan. Sebab kadang2 kita tatau pun cara macam mana nak masuk kecuali kita join mana2 NGO dan kemudian NGO tu buat program ke tempat2 tertentu mcm pusat jagaan orang tua. Tapi, untuk golongan marhaen macam saya ni, elokla bawak anak melawat saudara mara yang dah uzur dan ajar anak untuk menyayangi orang itu dengan mengurut kaki mereka. Cukup dengan itu sahaja sebenarnya ia akan memberi impak yang sangat kuat kepada anak kita.
4. Hospital pediatric atau Rumah anak yatim.
Saya pernah bawak Asmaa' tapi tu zaman dia masih kecil. Masih belum pandai menghargai atau belum pandai jatuh sayang kepada mereka yang kurang bernasib baik. Sebenarnya amalan menziarahi golongan yang seperti ini adalah digalakkan di dalam Islam dan semoga dengan cara ini anak2 mudah untuk menjadi orang yang penyayang.
mcmmana pula kalau bg anakk2 jg binatang peliharaan? tu pun boleh ajar diorg perasaan simpati dan kasihan kan. BTW, sorry lama tak singgah sini.
ReplyDeletea'ah...betul2..... tau tak kuda kitorang budak2 ni bg nama apa... MEKNA...comel kan??
ReplyDelete