Thursday, July 08, 2010

Asmaa' : Umi, Kakak Tak Tau Mcm Mana ALLAH Buat Kakak

Bismillah,

Beberapa hari lepas, saya bawa anak2 ke rumah Tokku mereka di Jerteh. Sekarang ni, saya yang paling banyak ke Jerteh berbanding dengan suami saya. Yang paling bertuah tu, ke Jerteh bawak perut bukan bawak lauk..wakakaka.. Ada bau durian memanggil di sana makanya lepas je adik ipar saya bgtau durian sulung luruh, maka dan dan tu saya decide nak pergi sana.

Dalam perjalanan tu, macam2lah sembang dengan kanak2 ni. Tapi ade le dalam 7-8 minit sebelum sampai Asmaa' tanya soalan seperti dalam tajuk. Actually dia cuma bgtau dia tak tau tapi takkan nak biar dia dalam keadaan tak tau tu. Selepas je dengar soalan tu, saya tarik nafas panjang-panjang sambil berkata di dalam hati, "Alamak, aku nak jawab ape???"

Kalau kat umah boleh Google sekejap dah dapat, ni dah dalam kete. Tulah lenkali letak ilmu dalam Google sangat kans... Tetiba teringatlah akan penciptaan Adam & Hawa. Daripada saya susah2 nak cerita dari sgi saintifik tentang bagaimana terjadinya seorang Asmaa' maka adalah lebih baik saya memulakan dari kisah Adam & Hawa.

Umi : Dulu2, mula2 sekali ALLAH ciptakan Nabi Adam dulu, selepas tu baru ALLAH jadikan Hawa. (Saya tak sebut pasal kejadian dari tanah dan Hawa dari tulang Nabi Adam bagi mengelakkan cerita menjadi complicated. Kisah yang simple sahaja supaya anak2 dapat gambaran rawak). Masa tu Nabi Adam & Hawa duduk dalam syurga.
Asmaa' : Dalam syurga ada apa?
Umi : Semua benda ada. Ada sungai yang cantik...ada buah2 yang sedap, semua boleh dimakan kecuali satu buah tu namanya buah khuldi...tapi Hawa teringin sangat nak makan buah tu... (actually time ni saya cuba nak rekod apa yang saya cerita tapi korang imagine aje, bawak kete dengan semua anak ada bersama bukan senang hooo...) Lepas tu syaitan hasut suruh makan juga...jadi Nabi Adam dengan Hawa makanlah dan lepas tu diorang tak boleh dah duduk dalam syurga.
Asmaa' : Dah tak boleh duduk dalam syurga, nak duduk kat mana pulak.
Umi : Lepas tu Nabi Adam dengan Hawa pun diturunkan ke dunia ni..dunia yang kita duduk sekarang ni lah..
Asmaa' : Ala...umi kata syurga tu cantik, dunia ni cantik jugak ke??
Umi : Kalau kakak tengok dunia ni cantik, sebenarnya syurga tu sangatlah cantiknya kakak.
Asmaa' : Umi ajarlah kakak macam mana nak pergi syurga...
Umi : Tu lah kakak kene dengar cakap orang tua macam umi, abah, opah, tokki, tokku...
Asmaa' : (Lepas tu dia mula kata dia nak jadi anak solehah, nak kemas rumah, nak solat, nak baca buku, nak jaga adik, nak pakai tudung keluar rumah...bla,bla, bla...)

Alih2 sampai depan umah tokku diorang. Saya pun terfikir, wah..tidaklah susah sangatkan kerana kita hanya cerita secara ringkas2 yang sesuai dengan pemikiran mereka saja. Bukan nak go into detail sangat. Kelak insya ALLAH sama ada mereka akan dapat tahu juga dari cikgu mereka atau dari bacaan mereka sendiri. Sebab tu senang nak mengawal Asmaa' sebab dia dah faham sedikit konsep dosa pahala...kerana dia sudah membayangkan syurga yang indah sesuai untuk orang yang banyak pahala dari dosa. Insya ALLAH tak lama lagi Usamah akan memahami sepertimana kakaknya juga.

4 comments:

  1. Budak-budak....so pure and innocent! Betullah org kata, anak2 ni mcm kain putih. Kita yg bertgjwb utk mencorakkannya.

    Risau pulak bila tiba masa naufal nanti, kalau dia tanya soalan yg susah2 saya tak pandai jawab mcm pija ni.

    ReplyDelete
  2. susah juga nak menjawab soalan ini kan??

    klu saya ditempat awk, kompem terkebil2 dulu..

    ReplyDelete
  3. salam pija.
    sib baik dia terima :) susahnya nak jwb soalan2 mcm ni untuk diaorg. fatimah pernah tanya saya, hubungan seks tu mcm mn? kona sana sini, last2 dia plak yg giv up dan x faham jawapan saya ..

    ReplyDelete
  4. hopefully dapat anak pompuan macam asma gak nanti..sob..sob..sangat terharu part dia nak jadi solehah,kemas rumah bla..bla..bla

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!