Saturday, July 24, 2010

Kreativiti, Keingintahuan & Kesopanan : Sama Penting dari Membaca, Menulis & Mengira

Bismillah,

Sepanjang 6 tahun lebih usia Asmaa' ni saya dah mula menemukan pelbagai lagi perkara baru dalam dunia keibubapaan ni. Macam kata Erra Fazira dalam TV semalam, "Semasa seorang anak dilahirkan, ketika itulah seorang ibu lahir."

Serasa penuh setiap masa saya berikan kepada anak-anak. Nyata ruang waktu yang lebih di rumah sekarang membuatkan saya banyak duduk dan berfikir lopak2 kesalahan yang telah saya buat selama ni. Kesalahan no satu yang saya buat adalah KERAP BERTANGGUH! Sekarang ni bila saya menyedari saya sedang menangguhkan sesuatu, saya rasa sangat marah pada diri saya atau pada sesiapa yang menghalang saya untuk buat sesuatu kerja dengan cepat.

Tentang tajuk itu, pada saya kreativiti, keingintahuan & kesopanan atau adab tatasusila sebenarnya lebih penting daripada membaca, menulis & mengira.

Kreativiti
Kita wajar memberi mereka lebih peluang untuk menerokai dunia yang luas ini. Galakkan mereka dengan perkara-perkara baru setiap hari, jika terlihat mereka buat kesalahan jangan dimarahi tetapi tunjukkan cara atau kaedah yang betul. Untuk mengusahakan sesuatu sehingga berjaya pula kita perlu mengajar mereka nilai kesabaran. Galakkan mereka berfikir secara kreatif supaya mereka akhirnya dapat menjadikan imaginasi mereka untuk menyelesaikan masalah.

Keingintahuan
Dari sinilah bermulanya pula rasa ingin tahu tercetus secara tidak langsung. Maka sepanjang proses yang berlaku akan terlahir pula soalan-soalan. Seperti diri saya sendiri, walaupun saya garang macam Tarzan (apakah??) tapi jika mereka mengajukan soalan, saya akan mengusahakan jawapan kepada mereka supaya mereka faham benar dengan apa saja permasalahan yang mungkin timbul. Kita tidak perlu menjadi bijak pandai untuk memberi jawapan kerana sudah namanya budak, mereka hanya perlu jawapan yang ringkas yang sesuai dengan usia mereka

Kesopanan
Ibubapalah modelnya. Sekiranya tidak ada model yang cemerlang, maka anak kita mungkin menjadi seorang yang berpura2. Berpura2 baik adalah sesuatu yang juga tidak baik. Justeru itu, janganlah bertindak bodoh depan anak2 supaya mereka tidak menjadi seorang yang tidak ada nilai akhlak Islami dalam diri.

Setelah perkara2 yang diatas kita semaikan ke jiwa anak, insya ALLAH proses untuk memperkenalkan mereka dengan huruf dan nombor malah apa sahaja akan lebih mudah. Tapi sebelum itu, yakinlah bahawa kitalah orangnya yang akan mencorak anak kita di masa datang.

5 comments:

  1. salam pija,
    saya la tu yg suka bertangguh :(

    ReplyDelete
  2. salam kak..
    saya pun tangguh2 je bab tu
    sedangkan itu palingpenting..
    huhuhu

    ReplyDelete
  3. tu yg paling penting...
    membentuk keperibadian asas.

    ReplyDelete
  4. ya betui tu pija.. tu pasal kalo anak nak main ayam @ ikan, kakyong bagi jer... mertua marah sungguh, x de menda lain nak ajar... tak salah kan, dah dok dapur, depa sebuk kaco... alang2 dah kaco meh la belajar tentang lauk2 juga...

    ReplyDelete
  5. k.tini, so...jom join the club

    emy, masalah negara betul kita ek...

    aida, yuppp....sedangkan rumah pun kita buat yang basic dulu

    k.yong, dulu2 mak2 baik sangat...tak bg anak masuk dapur sampai anak2 (mcm saya) tak pandai masak....wawawwa

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!