Beberapa hari yang lepas, anak2 saya terlihat iklan tentang gejala pembuangan bayi dan mereka kelihatannya sangat2 tidak berpuas hati dengan kejadian itu.
"Umi, baby tu kenapa?"
"Umi, baby tu mati ke?"
"Umi, kenapa mak dia buang dia?"
Ia bagaikan satu disaster yang sangat menghantui mereka sepanjang malam sehingga Asmaa' menangis2 lantaran tidak pandai membaca beberapa ayat yang dibaca semasa tahiyyat setelah saya menyentuh tentang kehidupan selepas kematian.
Why talk?
It may seem easier to ignore tragic events but they are aware of what is happening around them. When those events turn scary they become more concerned and afraid. So, we should help them to know that others feel the same way that they do. They really have to know about the reality that happened around them.
Gather information
Langkah permulaannya adalah mendapatkan maklumat yang berkenaan. Ya..adalah susah untuk mengatakan "Mak bapak budak tu berzina dan akibat dari itu, keluarlah baby yang tidak diingini and so on...." lalu saya katakan, "Ibubapa dia tak sayangkan dia macam umi dgn abah sayangkan anak2 kami."
Betul hape, sebab kami mahukan yang terbaik untuk kehidupan kami maka kami berkahwin dan itu adalah cara yang betul untuk mendapatkan anak. Walaubagaimanapun, jangan terlalu memberi maklumat tentang hal ini dengan memberi maklumat yang tidak disoal pula. Allow them to guide the discussion. Jawab soalan dengan bijaksana.
Let them know it's OK to be afraid and even angry
Yes, memang patut kita benci akan kemungkaran yang telah berlaku. Jika mereka marah, beritahu bahawa mereka adalah betul. Malah, tidak ada orang yang baik2 yang akan suka dengan kejadian ini.
Reassure them
Reassure them
Melihatkan iklan itu, mereka mungkin akan rasa tidak selamat dengan keadaan. Beritahu mereka bahawa mereka akan selamat selagi mereka patuh dengan pesanan2 kita supaya menjauhi orang yang tidak dikenali dan sebagainya.
Bertindak
Bertindak
Bagaimana? Semai kasih sayang sesama insan. Ajar mereka kasihkan adik2 dan ajar mereka hargai bayi lain. Dari usia muda juga dapat kita asuh tentang hubungan dengan jantina yang berlawanan. Pastikan anda mendengar cerita mengenai mereka dan kawan2. Seperti Asmaa', dia pernah bawak balik cerita yang ada kawan2nya yang bercinta.
Rasa macam nak pengsan aje tapi lega sangat bila saya bertanya, "Kakak pun bercinta jugak ke?" dan dia jawab "Tak..". Kemudian saya bagitau dia, sekolah tu tempatnya belajar. Kalau kakak dengar kawan2 cakap pasal bercinta lagi, bagitau benda yang macam itu ALLAH tak suka. Kalau ALLAH tak suka, maka kita tak boleh buat.
Tapi part yang paling sedih sekali bila mereka bertanya, "Umi, boleh kita ambik baby tu??" Saya terdiam lama sebelum menjawab.."Boleh...tapi umi harap umi tak jumpa kejadian ni depan mata umi..."
Alhamdulillah ank2 sekecil ni dh de kesedaran..mudahan bila dh besar rse gerun utk membuat maksiat semakin kuat dlm dri mereka..
ReplyDeletea good reminder utk aida. sometimes anak2 tanyer juga why baby tu bersemut, why this and that. perlu beri kesedaran...
ReplyDelete