Bismillah,
Kadang-kadang melihat diri ni, saya rasa 'kenapalah aku adalah aku?'
tapi rasa-rasanya 'ada pula orang mahu menjadi aku'.
Saya sedang marah dengan diri sendiri kerana telah banyak menyusahkan orang.
Sebenarnya saya tidak mahu menyusahkan sesiapa pun.
Saya tidak bermaksud dan tidak merancang pun nak menyusahkan sesiapa.
Saya bukan mahu harta berjuta-juta, malah saya tidak peduli tidak ada simpanan untuk diri sendiri.
Saya rasa sempurna jika saya boleh menyara anak-anak saya tanpa dapat berkata, "Sori anak, umi tak ada duit"
Saya tidak berhajat untuk menghantar anak-anak ke sekolah yang hebat-hebat.
Saya rasa sempurna jika anak pergi ke tadika dengan bayaran RM 20 sebulan TEPAT pada masanya dan sepulangnya mereka ke rumah, saya menjadi guru yang hebat pula buat mereka.
Saya tak mimpi pun nak duduk rumah besar-besar lengkap dengan bilik air dalam setiap bilik.
Saya rasa sempurna bila semua orang dalam rumah ni tahu tanggungjawab masing2 (ye...saya faham anak saya masih kecik dan masih perlu banyak belajar)
Sempurna menurut pengertian saya sebenarnya adalah sangat sederhana (saya rasalah....)
Pun begitu, saya rasa susah untuk digapai kesempurnaan itu....
Mujurlah lagi, saya bukan perfectionist
Sekurang-kurangnya saya tidak tertekan dengan hambatan yang lebih dahsyat
Ya ALLAH...andai aku tidak dapat kesempurnaan yang ku mimpikan
Berikanlah aku kecukupan agar aku tidak perlu meminta dari yang lain
Jadikan aku cukup dengan hanya meminta dari Mu ya ALLAH....
**sorry, Pasir Putih mendung arini :)
mungkin menangisi berita ini
kenapa macam sedih bunyinya pija...
ReplyDeletehujung minggu ni bole kita jumpa kat besut :D
Aduhhh... ur words touch my heart.. saya juga sering alami perasaan seperti ini.. huhuhu...
ReplyDeletek.wan, waaaaa...ilang dompet so terpaksa mertua saya dengan suami saya cari merata alam...waaaaa
ReplyDeleteaidiena, sbnrnya entry ni dah lama nk tulis...byk benda nak disenaraikan...tp tu lah... ni tulis pun sbb kesian kat hb kesana sini cari dompet tu...wuwuwuwuuu