Wednesday, July 07, 2010

Susu Badan Is The Best Ever

Bismillah,
Tajuk ni adalah bersempena k.Yong bg award di bawah kepada saya. Award yang Shaakira bg kat dia setahun lepas :P Time tu k.Yong dah setahun menyusukan Aliya dan sekarang dah cukup dua tahun dah dia menyusu dan belum buat keputusan weaning off Aliya.


Shaakira bg award ini dulu kepada mereka yang memberi inspirasi kepadanya untuk full BF. Tapi k.Yong bg award ni utk berkongsi tentang pengalaman menyusu penuh.

Saya sebenarnya tidak cukup otai untuk berkongsi pengalaman saya. Asmaa', Usamah & Uwaiys tidak menyusu secara eksklusif dari awal2 lagi. Arwa pula menyusu susu badan sahaja sampai usianya 8-9 bulan sebelum campur dengan susu formula. Tetapi dia tetap menyusu badan sehingga setahun 3-4 bulan. Terpaksa dihentikan kerana saya mengandung dan bleeding dengan banyak pula.

Tapi, saya mahu beritahu betapa terkilannya saya kerana tidak dapat menyusukan susu sepenuhnya. Malah yang lebih walangnya, rasa terkilan itu tidak boleh ditebus malah ia mencucuk2 sehingga sekarang apabila melihat ketagihan Usamah dan Uwaiys bila saya tidak memberi mereka susu formula, semasa melihat mereka muntah dengan banyak, semasa melihat Uwaiys tercungap2 akibat penat, semasa teringatkan betapa penuhnya diapers mereka setiap kali salin (tak masuk lagi cerita toto yang sll jadi mangsa muntah dan diapers bocor) dan yang paling menyedihkan, saya tidak arif dengan bahasa mata 3 anak saya itu.

Melihat Arwa, saya boleh faham apa yang dia mahukan. Saya tidak kekok dia bersandar di tubuh saya walau bagaimana keadaan sekalipun berbanding yang bertiga itu. Saya tidak pasti adakah kerana saya rasa sudah besar atau mungkin sebab Arwa masih kecil maka saya bertindak begitu. Ketika usia mereka macam Arwa sekarang, saya rasa saya telah menganggap mereka dewasa sedangkan Arwa masih saya manjakan pada umur ini.

Merenung kepada perbezaan ini, saya juga bertekad untuk menyusukan Ahmadi sepenuhnya dan kami sama2 mensasarkan usia 2 tahun (ada bunyi2 macam merancangkah??). Maka, doakan saya ya... terima kasih juga kepada teman2 blogger yang byk memberi semangat dan yang lebih penting ilmu dalam menyusukan anak2 saya neh!!

5 comments:

  1. chayukk chayukkkk
    akak tengah mengitung hari .. adeyyyyyyy.

    ReplyDelete
  2. saya juga menyesal + terkilan sampai sekarang! dek kerana cetek ilmu pasal bf saya tak berjaya fully bf nuha.
    mmg kesal sgt2.

    ReplyDelete
  3. You go girl!

    Kita doa sama-sama semoga ummu berjaya menyusukan ahmadi sampai 2 tahun.

    Yang penting niat...lillahhitaala.

    ReplyDelete
  4. semoga ahmadi dpt nenen ummi sampai nanti umminya sendiri rasa berat nak wean off... ;)
    Insya Allah, pasti boleh...

    ReplyDelete
  5. saya doakan pija... InsyaAllah

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!