Malaysia ni kecik je sebenarnya. Dah jelas2 98% ahli keluarga saya adalah orang yang ada Mykad Malaysia. Eh, ade ke yang kawin dengan foreigner ek? Rasa2 nya macam tak ada jek. Sebelah saya punya family semuanya sikit2, setiap mak sedara ada 3-4 orang anak. Ada seorang je yang ada anak tunggal, dan seorang lagi anak 2.
Adik beradik mak dengan abah saya insya ALLAH suami saya dah kenal. Bukan ramai pun. Tapi adik beradik datuk dan nenek sebelah mak dan abah saya, hanya tinggal beberapa orang sahaja. Saya pun tak pasti mereka ada berapa adik beradik sebenarnya.
Sepupu abah dengan mak saya juga ada saya kenal cuma sayangnya anak2 mereka (dua pupu saya) belum sepenuhnya saya kenal. Tambah pulak skang ni saya dah duduk di kampung sebelah suami saya maka terbantutlah jugak nak kenal sedara mara sebelah saya kecuali time kebetulan saya balik sana dan diorang ziarah sana jugak.
Kalau nak follow yang sebelah suami saya memang boleh pitam :P Sbb keluarga dia adelah menjangkau angka riban2 sebab satu induk je dah ada koman2 7-8 orang anak. Kalau buat reunion 4 tahun sekali tu, satu resort tu penuh dengan family diorang saja. Siap boleh buat sukaneka, forum dan lain-lain. Rasa macam pergi kem motivasi lagik. Walaupun kumpul 4 tahun sekali tu, still tak dapat nak beramah mesra.
Kalau Malaysia ada cuti nan panjang mcm summer holiday kat tempat 4 musim, boleh kot kalau ajak suami ronda satu Malaysia cari balik sedara mara. Tu pun kalau bajet sesuai dengan acara ni lah kan. Kalau nak harapkan tepon still tak jumpa face to face, maka jadik kurang rancaklah pula sesi ni. Seronok sebenarnya kan dapat berkumpul dan kenal saudara2 sendiri. Manalah tahu, time mereka susah kita tolong dan time kita susah mereka ada bersama.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik (pergaulannya) dengan ahli keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku.” (Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).
**Teruja sebenarnya berjumpa dengan 2 pupu dalam FB :)
setakat nie bleh kenal lagik coz family ai kecik jer..
ReplyDeletefamili yanpun baru awal tahun aritu buat fes gathering... bile kumpul2 camtu baru tau ramai lg sedara mara yg tak dikenal.. tu baru sebelah nenek... belum sebelah atok.. same la kami ade yahoogroups & ade fb page jugak.. ms gathering siap ade sukaneka.. pastu kumpul dalam dewan cam dengar ceramah.. pastu sembahyang berjemaah bersama.. buat tahlil tuk semua ahli keluarga yg da takde..
ReplyDeletehope dapat dijadikan acara tahunan. maklumla kite saban tahun menambah ahli..
pija,
ReplyDeletefamily belah ayhnde kakyong.. adik-beradik sepupu sepapat dia jer.. sekali panggil kenduri.. penuh sedara mara jer... tak yah jemput org lain dah....
wah bestnya ade kesatuan family.. gathering 4 tahun sekali.. kakyong teringin gak nak buat.. tp masih tak terbuat2 lagi...
banyak dah tak ingat...yang terdekat tu ingat la
ReplyDeleteMamalyna, family kecik pun susah nak jumpa kan??
ReplyDeleteYan, best gile bole kumpul...nak2 penginapan kita org sponsor :P
k.yong, hihihi..... saya pun plan nk buat sebelah saya, asal nk jadi je ada halangan....tension2
alimaz, tu lah kekdahnya, sedangkan mengikat tali silaturrahim adalah suruhan ALLAH kan??
arwah ma Knur selalu suruh kami adik beradik melawat sedara mara spy kenal semua. Tapi yelah jumpa sthn sekali bila raya je.
ReplyDelete