Monday, February 12, 2007

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA




Setelah sekian lamanya saya mendiamkan diri, muncul la balik menyebuk kat sini. Punya la rindu nak baca email yang dah lama saya tak baca. Dan ntah apa khabar la kawan2 dalam YM list yang sebelum ni menemani saya sehari-hari. Alkisah, saya telah pun bersalin pada 11 nov 2006 kul 10 mlm. Baby boy seberat 2.9 kg. Actually pada tarikh tu saya tgh kursus tapi last day. Sesi pagi saya hadir tapi rasa sakit datang tu buat saya tak senang duduk sbb masa tu kat port Dickson. Tanak la saya beranak kat tpt org.

Saya minta izin dari org besar2 dlm kursus tu utk skip satu lagi sesi yang saya sepatutnya hadir. Muka dah macam ayam berak kapur jek diorg pun tak sanggup nak nengok. Abg saya terkocoh kacah kemaskan barang sbb balik awal. Hajat saya nak pusing seround lagi kat pantai2 situ pun terbantut. Abg saya kata saya dah terlebih senaman agaknya sbb sepanjang seminggu kat situ boleh kata tiap ptg kitorg melepak kat tepi pantai.

Dari PD saya berenti kat KL. Kebetulan sorg makcik saya bidan n saya mintak dia cek dulu ade harapan ke tak nak gi jauh lagi. Dia kata baby mmg dah turun tapi kalau saya berani mungkin sempat. So, setelah bincang dgn abg, dia kata baik beranak kat kampung. Dan penang adalah pilihan kami sbb perjalanan ke sini tak menakutkan banding balik ke kelantan.

So, kali ni kami tak dapat baby cop kelantan. Dapat baby cop perak. Perak kenapa? Sbb kami dok di sempadan 3 negeri. Hospital terdekat adalah dalam kawasan perak. Alhamdulillah semuanya selamat. Hari ketujuh saya tarah rambut dia, dan kami namakan dia UWAIYS. Moga dia pun macam Uwais Al-Qarny sepanjang hayatnya.

Stop lah kisah tu, dan saya selitkan disini sedikit kisah tentang mentua. Lama dah tak jumpa mertua saya rasa rindu pulak sbb berpantang lama kat umah mak. Mentua mesti dimuliakan sama macam kita menghormati mak ayah kita sendiri. Kalau diorang kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak kita. Kita sayang
anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?

Memang ada menantu yang kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Yelah dah anak sendiri mestilah dia care betul kan apatah pulak kalau dia tgk kita mcm tak pandai nak layan anak dia. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung. Actually kita boleh amik kesempatan untuk belajar tentang anak mereka dari mereka. Tukan lebih membuatkan pasangan kita sayang pada kita kan?

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. Dah memang dia punya keutamaan telah ditetapkan begitu di sisi Islam. Ada hikmahnya tu Tuhan aturkan begitu.

Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. Jadi hormatkan lah mak ayah dan mertua kita betul2 selagi tak bercanggah dengan ketentuan agama.

Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru.

Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita
yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim.

Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain. Betapa vetonya kuasa bapak atau mertua sebenarnya dalam kehidupan para suami. Sebenarnya ni semua common sense je. Kita wajib hormat org tua. Tak kira la org tua tu rock mcm Nana Tanjung ke, atau lalok mcm mat gian ke. As long namanya org tua, hormatkan dia sbb amalan kita kan ade pencatatnya.

Mcm kisah Nabi la kan, baginda tetap buat baik even org buat jahat dgn baginda tapi tak la pulak sampai org tu pijak kepala kan? Mm…mungkin yang di luar sana lebih arif dari saya memandangkan saya baru je dalam 4 tahun berumahtangga. Sekadar nak berkongsi bahan bacaan saya. So, setakat tu dulu. Salam buat semua…
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!