Monday, November 04, 2024

𝐒𝐞𝐛𝐚𝐢𝐤-𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐏𝐞𝐭𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤 𝐀𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐭𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤 𝐍𝐚𝐛𝐢 ﷺ


🎙 Syaikh Prof. Dr. Faishal Ghazawi حفظه الله (imam & khotib Masjidil Haram Makkah Al-Mukarramah) berkata : 

Rasulullah ﷺ setiap memulai khutbah biasanya beliau mengucapkan,

أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ وَشَرُّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ

“Amma ba’du. Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kitabullah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad ﷺ. 

Sejelek-jelek perkara adalah (perkara agama) yang diada-adakan, setiap (perkara agama) yang diada-adakan itu adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah kesesatan” (HR. Muslim no. 867)

((Ada beberapa ustaz yang saya follow, biasa memulakan kuliahnya dengan membaca ayat ini - rupanya ini adalah amalan Rasulullah))

Sebahagian manusia ada yang beramal dengan perkara-perkara yang tidak pernah disyariatkan oleh Rasulullah ﷺ. Padahal hal itu terkadang memberatkan bagi dirinya sendiri. 

Agama Islam telah sempurna. Tidaklah ada satupun kebaikan dalam agama ini, melainkan telah dijelaskan oleh Rasulullah ﷺ. Dan perkara apapun yang mendekatkan kita ke syurga, maka Rasulullah ﷺ sudah menjelaskan semuanya. Tanpa kurang sedikit pun.

Maka kewajiban bagi setiap Muslim adalah ittiba' (mengikuti Nabi ﷺ) dalam seluruh ibadahnya. 

Allah ta'ala berfirman,

قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ ۖ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْكَافِرِينَ

"Katakanlah (Hai Muhammad): Taatilah Allah dan Rasul-Nya. Jika kamu berpaling, maka Allah tidak menyukai orang-orang yang kafir." [Ali Imran 3: 32]

Semoga Allah Ta'ala memberikan kita taufik untuk sentiasa berjalan di atas petunjuk Nabi-Nya, Rasulullah ﷺ.

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Dah lama tak baca ke bebudak ni tazkirah yang panjang sikit. Hari ni kitorang revise balik pasal bid'ah ❤️

𝐓𝐈𝐏𝐒 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈 𝐒𝐄𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 𝐈𝐓𝐔 𝐌𝐀𝐍𝐇𝐀𝐉𝐍𝐘𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐔𝐒 𝐀𝐓𝐀𝐔 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊





🟢 Menjadi sangat urgen dan sangat penting bagi kita, untuk memilih ustaz yang sudah jelas manhajnya, sebab memang ramai betul ustaz-ustaz di sekitar kita ni. 

Dari satu sisi, syukur alhamdulillah itu bermakna pendakwah semakin ramai, namun perlu berhati-hati juga tentang pegangan yang dibawa tu juga. 

Diantara cara sederhana dan mudah dalam melihat seorang ustaz sunnah, apakah manhajnya bagus atau tidak adalah : 

🟤 1. Lihatlah, bersama siapakah ustaz tersebut berkumpul.. apakah bersama ustaz² yang bermanhaj salaf atau tidak.. kerana seseorang itu berada di atas agama teman dekatnya.

🟣 2.Dari mana ustaz tersebut menimba ilmu, baik almamaternya, maupun para ustaz dan masyikhnya.. Atau siapa tokoh favourite nya.. kerana sumber ilmu akan sangat mempengaruhi pemahaman dan manhaj seseorang.

🔵 3. Dari sisi pendapat, apakah banyak menyelisihi pendapat ulama yg bermanhaj salaf ataukah tidak.. bila banyak sekali pendapatnya yg menyelisihi pendapat ulama yg bermanhaj salaf.. maka itu indikasi bahawa manhaj yg merupakan landasan seseorang dlm menganalisa dalil juga berbeza.

🟠 4. Dari sisi topik dakwah yg disampaikan, apakah perhatiannya besar terhadap tauhid ataukah tidak.. itulah antara pembeza antara dakwah salaf dgn dakwah lainnya.

🔴 5. Dari sisi perhatiannya kepada Ijma’ generasi salaf.. jika tidak memperhatikan sisi ini, maka dia akan bermudah²an dalam membahas sebuah masalah, terutama dalam masalah akidah dan bid’ah.

Cerdaslah dalam memilih ustaz, kerana itu adalah sumber agama kita.. yg terpenting adalah manhajnya.. adapun sisi lain seperti kecerdasan, kaedah penyampaiannya, kuatnya hafalan, dll, maka itu adalah pelengkap.. jangan menjadikan pelengkap sebagai intinya.

Perlu diingat, tdk menjadikannya sebagai ustaz rujukan, bukan bererti membencinya, atau memusuhinya, atau tdk menerima kebenaran darinya.. sebagaimana kita sering merujuk ke doktor tertentu dlm penyakit tertentu, krn kehati-hatian, bukan karena kita benci kepada doktor yg lain.

Tulisan asal : Ust. Musyaffa Ad Dariny Hafizhahullah

Jika Kalian Tidak Menemukan Aku Di Syurga, Maka Ajaklah Aku Ke Syurga

Bismillah,




Malam ni, saya share satu tips supaya kita ada peluang masuk syurga... Iaitu dengan memperbanyakkan bersahabat dengan orang Soleh dan banyakkan belajar dari mereka. 

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Rasulullah ﷺ bersabda tentang syafaat di hari kiamat,

"Setelah orang-orang mukmin itu dibebaskan dari neraka, demi Allah, Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sungguh kalian begitu gigih dalam memohon kepada Allah untuk memperjuangkan hak untuk saudara-saudaranya yang berada di dalam neraka pada hari kiamat. 

Mereka memohon: Wahai Tuhan kami, mereka itu (yang tinggal di neraka) pernah berpuasa bersama kami, shalat, dan juga haji.

Dijawab: ”Keluarkan (dari neraka) orang-orang yang kalian kenal.” Hingga wajah mereka diharamkan untuk dibakar oleh api neraka.

Para mukminin inipun MENGELUARKAN BANYAK SAUDARANYA yang telah dibakar di neraka, ada yang dibakar sampai betisnya dan ada yang sampai lututnya.

Kemudian orang mukmin itu lapor kepada Allah, ”Ya Tuhan kami, orang yang Engkau perintahkan untuk mengeluarkannya dari neraka, sudah tidak tersisa.”

Allah berfirman, ”Kembali lagi, keluarkanlah yang masih memiliki iman seberat dinar.”

Maka dikeluarkanlah orang mukmin banyak sekali yang disiksa di neraka. Kemudian mereka melapor, ”Wahai Tuhan kami, kami tidak meninggalkan seorangpun orang yang Engkau perintahkan untuk dikeluarkan…” (HR. Muslim no. 183).

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Jadi, perhatikanlah sahabat-sahabat kita, adakah mereka ni mahu mengajak kita ke majlis ilmu, atau asyik ajak enjoy aje? 

Ada tak mereka mengajak kita meninggalkan maksiat atau malah menggalakkan lagi buat dosa?

Ada tak mereka ajak kita buat kebaikan atau mereka mengejek kita pula ketika kita cuba nak buat sesuatu kebaikan?