Monday, November 04, 2024

๐“๐ˆ๐๐’ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐Š๐„๐๐€๐‹ ๐๐€๐’๐“๐ˆ ๐’๐„๐Ž๐‘๐€๐๐† ๐”๐’๐“๐€๐™ ๐ˆ๐“๐” ๐Œ๐€๐๐‡๐€๐‰๐๐˜๐€ ๐๐€๐†๐”๐’ ๐€๐“๐€๐” ๐“๐ˆ๐ƒ๐€๐Š

๏ทฝ




๐ŸŸข Menjadi sangat urgen dan sangat penting bagi kita, untuk memilih ustaz yang sudah jelas manhajnya, sebab memang ramai betul ustaz-ustaz di sekitar kita ni. 

Dari satu sisi, syukur alhamdulillah itu bermakna pendakwah semakin ramai, namun perlu berhati-hati juga tentang pegangan yang dibawa tu juga. 

Diantara cara sederhana dan mudah dalam melihat seorang ustaz sunnah, apakah manhajnya bagus atau tidak adalah : 

๐ŸŸค 1. Lihatlah, bersama siapakah ustaz tersebut berkumpul.. apakah bersama ustazยฒ yang bermanhaj salaf atau tidak.. kerana seseorang itu berada di atas agama teman dekatnya.

๐ŸŸฃ 2.Dari mana ustaz tersebut menimba ilmu, baik almamaternya, maupun para ustaz dan masyikhnya.. Atau siapa tokoh favourite nya.. kerana sumber ilmu akan sangat mempengaruhi pemahaman dan manhaj seseorang.

๐Ÿ”ต 3. Dari sisi pendapat, apakah banyak menyelisihi pendapat ulama yg bermanhaj salaf ataukah tidak.. bila banyak sekali pendapatnya yg menyelisihi pendapat ulama yg bermanhaj salaf.. maka itu indikasi bahawa manhaj yg merupakan landasan seseorang dlm menganalisa dalil juga berbeza.

๐ŸŸ  4. Dari sisi topik dakwah yg disampaikan, apakah perhatiannya besar terhadap tauhid ataukah tidak.. itulah antara pembeza antara dakwah salaf dgn dakwah lainnya.

๐Ÿ”ด 5. Dari sisi perhatiannya kepada Ijmaโ€™ generasi salaf.. jika tidak memperhatikan sisi ini, maka dia akan bermudahยฒan dalam membahas sebuah masalah, terutama dalam masalah akidah dan bidโ€™ah.

Cerdaslah dalam memilih ustaz, kerana itu adalah sumber agama kita.. yg terpenting adalah manhajnya.. adapun sisi lain seperti kecerdasan, kaedah penyampaiannya, kuatnya hafalan, dll, maka itu adalah pelengkap.. jangan menjadikan pelengkap sebagai intinya.

Perlu diingat, tdk menjadikannya sebagai ustaz rujukan, bukan bererti membencinya, atau memusuhinya, atau tdk menerima kebenaran darinya.. sebagaimana kita sering merujuk ke doktor tertentu dlm penyakit tertentu, krn kehati-hatian, bukan karena kita benci kepada doktor yg lain.

Tulisan asal : Ust. Musyaffa Ad Dariny Hafizhahullah
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!