Monday, September 09, 2013

Wakaf : Nota Tanyalah Ustaz

Oleh : Ustaz Ibnu Haiban

Soalan : Nyatakan Jenis-jenis wakaf?
- wakaf am : wakaf sesuatu yg tidak dikhususkan utk apa, bagaimana, kemana. Cth : saya wakaf duit ni utk buat apa2
- wakaf khas : wakaf sesuatu dengan tujuan tertentu. Cth : saya wakaf duit ini untuk pembinaan surau

- wakaf xboleh minta balik dan xbole ungkit
- wakaf insurans kita dialam kubur
- selepas wakaf, harta wakaf menjadi hak Allah
- wakaf bukan soal duit tp soal keimanan

Soalan : Siapakah sahabat terawal yang melaksanakan ibadah wakaf?
- saidina Umar : tanah ghanimah diwakafkan kepada fakir miskin dll tanpa mengambil sikit pun keuntungan
- abu talhah : hadiahkan kebun tamar di sebelah masjid nabawi di bairuha

Soalan : Apakah jenis harta yang boleh diwakafkan?
- harta alih : kereta, Quran, duit
- harta tak alih : rumah, tanah
- duit jd wakaf jika bertukar jd sesuatu

Soalan : Apakah perbezaan wakaf, zakat dan sedekah?
- sedekah wajib : zakat bulan puasa, nafkah zahir batin suami kepada isteri
- sedekah sunat : wakaf
- sedekah muqata'ah : sedekah yg terpotong cth sedekah rm5 utk beli makan org susah, bila dia beli makan sehingga dia lapar semula tu kira pahala tp terhenti setakat tu saja
- zakat : mesti diberikan kpd 8 gol asnaf
- wakaf xperlu asnaf

Soalan : Apakah syarat sah bagi seseorang utk berwakaf?
- pastikan sempurna hak milik sendiri
- wakaf kerana Allah
- harta yang nak diwakafkan tu kalau boleh biar yg baru dan tahan lama
- harta dr hasil halal (patuh syariah)

Soalan : Mengapakah harta wakaf tidak boleh diwarisi?
- harta umat Islam bersama (jadi milik Allah)

Soalan : Apakah hukum non Muslim berwakaf?
- hukum harus jika hartanya dr sumber yg halal
- tak dpt pahala
- ali imran : 116-117

Soalan : Siapakah yang menguruskan wakaf?
- mesti ada satu entiti spt majlis agama islam

Soalan : Bagaimana wakaf memajukan ekonomi dan pendidikan negara?
- cth univ alazhar, diwujudkan dgn dana wakaf sbb tu yurannya murah

Soalan : Mengapa wakaf tunai diharuskan?
- utk beri peluang wakaf sekiranya tiada aset kekal

Soalan : Apakah kelebihan fadhilat berwakaf?
- sembuhkan penyakit
- panjang usia
- menghilangkan sifat kikir

Soalan : Bagaimanakah cara seseorang mahu mewakafkan rumah?
- pastikan rumah sempurna milik
- bawa geran ke majlis agama islam
- niatkan sama ada wakaf khas atau wakaf am

Soalan : Adakah boleh pahala berwakaf diniatkan kepada mereka yang telah meninggal dunia?
- boleh

Soalan : Bolehkah harta faraid diwakafkan?
- harta yg dah jd hak milik waris boleh diwakafkan
- jika semua waris setuju boleh, jika tak kena bahagi pd waris

Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!