Wednesday, November 05, 2014

Biskut walnut chia seed

Biskut walnut chia seed

Bahan
Bahan asal 》bahan derhaka

6oz gula halus 》200g gula perang sihat2u
8 oz mentega 》250g butter Beqa
12 oz tepung naik sendiri 》400g tepung atta
3 biji kuning telur 》2 biji telur itik
1/2 cawan serbuk kacang walnut (saya beli kacang walnut organik dan tumbuk jadi serbuk)
》》 saya tambah chia seed sesudu besar

Cara membuat :
1. Kacau Beqa, telur dengan gula perang sehingga kembang (saya guna food processor yang piring ketak2 tu)
2. Kemudian masukkan chia seed tepung atta dan serbuk kacang walnut dan diuli sehingga sebati.
3. Tekap dengan acuan. Boleh letak hiasan ikut suka. Kismis, kurma, walnut, cip coklat atau apa sahaja yang kalian suka.

Masa buat dalam setengah jam
Masa makan takdan 5 minit kakaka..
Maklumlah 7 anak plus 2 makpak
Berebut2 weols makan haha..

Susah nak cari serbuk walnut. Sepuluh kali pergi Mydin takde jugak so bila jumpa walnut organic Himalaya saya beli terus. Tumbuk plak dalam lesung bekas tumbuk kunyit maka kuninglah serbuk walnut ku. Lupa nak tangkap gambar walnut yang fail tu hahaha..

Ai bakar dalam pemanggang ajaib separuh dan separuh lagi dalam oven. Pemanggang ajaib api slow dalam 10-15 minit dan guna oven guna suhu 200° dalam 15 minit.

Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!