Thursday, October 04, 2007

Cara Pemakanan Punca Kanser


Semalam nampak gaya mertua saya makan dengan sangat berselera. Tak ketinggalan ‘tokku’ iaitu tok kepada suami saya. Suami saya belikan laksa so that time berbuka saya terlepas la makan jeruk maman. Umm…tengok tu terliur tapi sedang elok laksa abish, jeruk maman itu jugak abish.

Saya gemar bercerita pada mertua tentang berita disurat khabar. Kebetulan semalam keluar Utusan Melayu bahawa kerabu ‘sarer’ tak elok dimakan memandangkan kandungan plumbum dalamnya yang sangat tinggi dan akan membawa kepada kerosakan saraf. Kerabu ‘sarer’ sangat mudah didapati di sini – di Pantai Timur.

Sebelum ini juga kerajaan telah mengharamkan dari menjual benda ni tapi ntahla. Kalau tak keluar berita tu, ntah saya pun tak tau. Walaupun sodap, saya tak minat mana makan. Makan sekadar memberi sambutan bahawa saya tak menolak selera dari Pantai Timur.

Terus teringat seminggu dua yang lalu, seorang warga Jordan telah datang tidur di rumah ni buat beberapa hari. Merenung gaya pemakanan dia sangat berbeza dari kita. Ketika bersahur, dia hanya makan buah-buahan segar. Adapun makan roti di celahnya diletakkan keju atau mentega.

Kata suami dan adik ipar saya yang belajar di tanah Arab sana, org Arab suka minum susu segar dan makan roti. Mereka menghidangkan sedulang nasi yang bertambun, dengan lauk seekor ayam. Sangat meriah dan kalau kita tengok mau terbuntang mata kecualilah mereka yang berselera besar.

Tidak dinafikan, makanan yang kita makan juga menjadi penyebab kanser. Sudahlah ada genetic, kita pula mempercepatkannya dengan makanan yang tidak sihat. Serasanya runsing mahu makan sbb semua benda, ada kesan sampingannya. Justeru, apa yang penting disini adalah kita mesti menseimbangkan jenis makanan yang kita amik.

Teringat pada satu posting Dr Rani, DCL yang menjadi orang pertama memahamkan saya apa itu unsur radikal bebas yang ada dalam makanan. Sebagai contoh kita baker sate. Sate itu kelihatan ada kerak-kerak hitam bekas kene bakar. Juga perkara ni dapat kita lihat pada makanan bergoreng, makanan yang dipanggang bukan?

Jadi ini adalah bahannya yang mana dipanggil unsur bebas. Unsur bebas inilah yang menyebabkan kita mudah terkena kanser. Justeru itu, kalau makan benda macam ni, kenelah pulak cari covernya macam buah-buahan segar yang mengandungi serat tinggi. Diet yang berserat tinggi ni, dia memudahkan pencernaan.

Jadi, kalau byk makan serat2 ni senang la nak buang keluar balik benda2 tu. Jadiknya, berwaspadalah dengan makanan. Kurangkanlah makan makanan dalam tin, botol semua tuh. Banyakkan makan makanan yang segar, kalau boleh biar yang ditanam sendiri. Sebab kalau yang beli yang cantik2 tu pulak banyak penggunaan racunnya.

Ahaks, ada pulak yang tak lalu makan nanti kan? Mcm tu lah dunia sekarang. Semua nampak bahaya. Tapi, kita masih ada peluang untuk membentuk generasi muda yang sihat dengan membentuk jati diri dari awal. Termasuklah dalam bab makan. Mm…semuga ada manfaatnya!!!

2 comments:

  1. salam,kak.

    saye singgah nih.huhu!

    payah kann bile hampir semua makanan kat sekeliling kita neh buleh kasi kanser.

    tp,saye nih,da tkt pon,maseh gakk tala.huhu!

    ReplyDelete
  2. Yelah....
    Saya menjalani pembedahan kanser usus last year

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!