Bismillah,
Sebenarnya, dah agak lama saya tak menulis tentang sesuatu yang berfaedah dalam blog ni utk dihadiahkan kepada pengunjung. Masa saya banyak ditumpukan kepada kerja2 awal operasi kedai spek mata saya di Parit Buntar. Kepada mereka yang berada di Parit Buntar atau kawasan yang berhampiran, silalah berkunjung ke Uwaiys Optometrist (Rozaimi Optometrist) sekurang-kurangnya untuk berkenalan.
Bekerja sendiri ternyata punya dugaan yang tidak kurang hebat. Saya terpaksa memberi lebih masa untuk memastikan kedai ini beroperasi dengan baik. Dengan staff yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan hampir zero diperingkat awal, saya terpaksa membangunkan serba-serbi satu persatu. Namun, kesediaan mereka membuatkan saya berasa beban saya menjadi kurang.
Janji saya untuk menjaga anak sendiri hanya 25% tercapai setakat ini. Saya membawa Arwa dalam kedai dan adakala Arwa kurang sabar bila umi lambat angkat dia. Jadi saya bawa sepupu saya bersama untuk menemani. Anyway, thanx Dilah d'Char Kuey Tiow sbb tolong Ayong build up satu persatu kerja.
Sasaran saya, dalam hujung minggu ini, kami benar2 dapat menginap di rumah di atas kedai dan anak-anak senang nak minta apa-apa dari saya. Setelah difikir-fikir, nampak gayanya saya perlukan juga pembantu. Sekadar untuk menemani anak semasa saya di dalam kedai.
Agak mencabar juga untuk permulaan memandangkan anak-anak saya dipegang oleh opah mereka. Alhamdulillah mak dengan abah saya sangat memahami. Tima kasih MAK & ABAH. N part yg paling terharu ialah bila abah tolong buat promosi. Abah siap bagi nama-nama sekolah area tempat dia hantar surat dulu untuk saya buat promosi dalam sekolah.
Paling hero sekali dalam membantu saya adalah my husband lorr....Bersengkang mata menggantung banner, bunting dan mengedar flyers. Ke hulu ke hilir untuk memberitahu umum kewujudan kedai baru kami. Juga terima kasih sayang, kerana membantu sehingga saya tidak terasa lelahnya.
Juga keluarga-keluarga dan sahabat-sahabat yang tersayang, semoga semua yang membantu dan yang mendoakan akan mendapat keberkatan hidup dan mendapat balasan yang lebih baik.
Mmm....saya juga memohon kemaafan yang teramat kepada mereka yang menghantar emel, menegur saya di YM, menghantar SMS...Saya betul2 tak dapat melayani dengan saksama buat masa ni. Namun, insya ALLAH bila keadaannya sesuai, akan saya usahakan untuk membalas OK...
Setakat ini, doakan saya ...
Kak,
ReplyDeletesaya taktau kenapa sejak dari mula saya kerja, saya mcm dah 'set' dalam kepala saya takkan kekal kerja dalam goverment. saya seolah dah cadang keluar buat kerja sendiri bila keadaan mengizinkan. Tapi setakat ni, belum tau bila dan bagaimana. Mungkin belum nampak peluang atau ruang. Tapi yang pasti hati kecil saya masih mengiyakan saya mesti bekerja sendiri, bukan sampai tua bekerja dalam kerajaan.
Entah sebab apa, mungkin bekerja sendiri saya merasakan saya boleh memberi lebih kepada diri saya, keluarga dan masyarakat. Memberi dalam pelbagai perkara dan sumber. Mudah2an Allah memberi kemudahan dan kekuatan kepada kita. InsyaAllah.