Monday, January 05, 2009

Merangsang Kecerdasan Minda Anak


Bismillah,

Bukan apa, arini excited sebab hantar Asmaa' pergi sekolah. Emosi saya memang macam2 skang ni tapi sbb Asmaa' sangat excited, maka saya pun masuk jugakla level teruja. Manakan tidak, pagi tadi lepsa subuh kejutkan Asmaa' bangun kata nak gi sekolah terus dia buka mata padahal cekmek sorang ni kira dalam golongan susah nak jaga la jugak. Dia payah lena dan payah pulak terjaga.

Semasa naik kereta hantar dia saya menguap dan Asmaa' pun tanya."Umi ngantuk ke?" Saya jawab "A'ah" Dia balas "Ala...hantar la kakak dulu..." He he...kan dah on the way pun dia takut saya ngantuk sbb tak sabar2 nak sampai ke PASTI. Mmm...tgh jalan pun tanya macam2 tapi bak kata org "Jangan memperbudakkan budak".

Ini adalah kerana diorg ni ibarat span, akan menyerap apa sahaja yg boleh diserap. Juga jangan bg dia terserap yang bukan2. Mcm pagi tadi dia tanya kenapa kedai elektrik sebelah kedai kami ni pasang bendera tiga segi. Saya bagitau diorang nak 'promote' kedai diorg dan utk makluman, saya tak pernah bgtau pun promote tu apakah dia.

Then dia tanya, diorang nak promote apa? Saya bgtau nak promote barang elektrik dia lah. Kemudian dia tanya, dia nak suruh orang beli barang eklekstrek dia? Ha ha...comel betul sebut elektrik. Pastu disambung soalan2 yang sebenarnya mudah la nak jawab. Saya bgtau kalau ada barang elektrik mudah nak buat kerja, kalau kakak nak senang tak payah tumbuk bawang, blender aje.. dia nampknya macam faham jek.

Sudahlah kot cerita anak dara saya dulu. He he..kalau dikisahkan memang tak tertulis apa sebenarnya yang nak ditulis. Berkenaan untuk merangsang kecerdasan minda anak. Tanpa kita rangsangkan, otak mereka masih berkembang kerana ALLAH telah mengaturkannya begitu namun untuk mendapatkan kesan optimum yang hasil kemudiannya berbalik kepada kita juga, maka ada baiknya kita mengusahakan keadaan ini sendiri.

Berikut adalah beberapa kaedah yang akan membawa kepada rangsangan kedalam minda mereka.

1. Dedahkan anak-anak dengan input yang pelbagai - mereka belajar melalui penglihatan, pendengaran, deria rasa dan lain-lain. Tunjukkan mereka kawasan sekitar setiap kali anda memandu sebagai contohnya. Kemudian anda tidak akan pelik bagaimana budak berumur tiga tahun boleh memandu arah orang lain dari rumah anda ke rumah nenek mereka. :) (contoh je tu..banyak contoh lain lagi kan)

2. Tanamkan motivasi yang tinggi dalam diri anak-anak - motivasi penting. Jangan suka merendah-rendahkan mereka dengan mcm2 kerenah kita yang mcm bosan nak layan anak2. Ada segelintir ibubapa yang suka membiarkan anak cucu dengan soalan yang tidak berjawab. Anda tidak membantu perkembangan mereka dengan kedinginan anda ini.

3. Beri didikan agama yang intensif dan lengkap. Telah terbukti bahawa anak-anak di peringkat sekolah rendah yang berusia sekitar 7 - 10 tahun yang mempunyai pencapaian yang cemerlang, mampu untuk menghafal Al-Quran sebanyak 1 juzuk dalam masa 1 - 2 bulan di samping kerja harian seperti pelajar lain. Bagi kita yang penuh dosa noda ni memang lah dah beku sangat otak nak menghafaz tapi bagi anak2 yang suci ini, sebenarnya mereka tidak terbeban jika kita membiasakan mereka.

4. Gambarkan kehebatan dan kekuasaan Allah SWT. Jangan pernah jemu layan diorang sambil menggambarkan kekuasaan ALLAH. Di sepanjang minggu ini kebetulan saya tidak sihat dan Asmaa' sangat kesiankan saya. Saya mintak dia berdoa pada ALLAH semoga saya dan Arwa cepat sembuh. Asmaa' sehingga kata mcm mana kakak nak doa, kakak tak nampak ALLAH. Kemudian saya kata, kakak doa je, ALLAH dengar kakak doa perlahan ke, kuat ke, Dia dengar. Lalu dia memilih untuk menjerit dengan kuat semoga saya cepat sembuh. Kerana dia percaya, semakin dia bersungguh, semakin cepat doanya dimakbulkan dan hanya kerana ALLAH yang boleh menyembuhkan, tidak yang lain.

5. Beri tugasan yang mencabar. Sekalipun yang tak mencabar, mcm suruh buat buku skrap, otak dia akan tetap berkembang, daripada dia duduk saja2 dan tengok kartun yang tak munasabah.

6. Beri contoh teladan yang mudah diikuti atau dicapai oleh anak-anak. Nama pun budak, jangan suruh dia ikut model yang susah2, nanti dia lak yang frust tak dapat nak ikut kita kata.

7. Jangan terlalu menyuapkan bahan-bahan ke minda anak-anak. Galakkan mereka mencari sendiri. Sebagai contoh, kapit kuku, ikat jam, pakai baju..satu contoh mudah tapi jika mereka tak biasakan sendiri, maka sampai ke sudah lah anda yang akan mengepit kuku mereka, yang akan memakaikan jam untuk mereka dan lain2.

8. Ibu bapa perlu menceritakan pengalaman positif mereka yang lalu untuk dicontohi. Wah, yang ni saya rasa tak cuba lagi..he he

9. Apabila berbual dengan anak-anak, tinggalkan persoalan untuk anak-anak mencari sendiri jawapannya. Anda akan ketawa dengan jawapan mereka. Enjoy this...

10. Selalu gambarkan perkara abstrak yang mungkin menjadi cita-cita atau wawasan bersama keluarga pada masa akan datang. Contoh kalau nak jual tapai, jangan buat sorang2. Anak2 sebesar 3-4 tahun sudah boleh membantu :) (tapai lagi????..)

11. Agihkan sebahagian daripada tugas ibu bapa yang mudah-mudah kepada anak-anak. Yang ni kalau asyik anda sendiri yang buat, maka bilalah anak anda akan pandai tolong anda.

12. Rangsang anak-anak dengan teknik berfikir, teknik belajar dan teknik bersoal-jawab dengan betul.


Merangsang Minda Dari Segi Fizikal
•Pastikan anak-anak diberi pemakanan yang seimbang, berzat dan berkhasiat. Realitinya, orang kita kurang memberi penekanan terhadap pemakanan yang sebenarnya.
•Beri kemudahan untuk anak-anak mendapat makanan tambahan (food supplement) seperti vitamin, kismis, susu, buah tamar, air kacang soya dan sebagainya,
•Pastikan anak-anak diberi makanan yang bersih, halal dan tidak syubhat dari segi penyediaan dan juga dari segi sumber pendapatan ibu bapa.
•Pastikan anak-anak mendapat riadah ringan setiap hari. Riadah yang cergas akan menyebabkan darah mengalir dengan efisyen ke otak. Darah akan membawa oksigen yang sangat diperlukan oleh otak untuk menghasilkan minda yang cemerlang.

Makanan Tambahan Untuk Merangsang Minda Anak-Anak•Vitamin
•Kismis
•Susu
•Air Kacang Soya
•Kurma

Besarlah harapan kita untuk menjadikan anak2 kita seorang yang berjaya kelak. Maka dari sekarang, mulakanlah dengan usaha yang besar supaya harapan kita nanti tidak hanya harapan, malah satu kenyataan yang amat manis untuk dikongsi bersama. Ya ALLAH mudahkan kami...
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!