Bismillah,
Okeh kengkawan, hari ni kita belajar Set dalam Matematik iyeee...
Agak2 kengkawan yang saya lorekkan dalam gambar di bawah itu membawa maksud hape??
Hihi...mcm cekdu pulak rasanya. Actually tajuk ni dah dalam proses pendam perasaaan tapi sebab kekeliruan seblom ni menyebabkan saya tak tertulis tajuk ini. Maka hari ini alhamdulillah saya dah berijtihad dengan ini.
Bukan ape, saya ada terbaca satu artikel, yang mana dia mengatakan tak wajib taat kepada suami jika suami tidak melaksanakan perintah ALLAH termasuklah apabila tidak memberi nafkah. Adakah begitu?? Punin den...
Saya memahami begini...jika telah kita bergelar isteri, maka tidak kira suami kita itu yang bagaimana sekalipun maka wajib kita mentaatinya. Sila rujuk gambar di atas tu, hanya bahagian yang dilorekkan sahaja yang dilarang kita ikut. Saya petik balasan mesej mll FB dari Ustaz Saiful Islam bila saya hantar persoalan begini...
Soalan saya :
Assalamualaikum ustaz,
Saya sudah confuse... Pada pendapat saya, tidak kira suami itu baik atau sebaliknya, asal sahaja apa yang dia arahkan adalah masih tidak melanggar larangan ALLAH, wajib dituruti...
Tetapi saya terbaca satu artikel yang mengatakan jika suami itu jenis engkar kepada suruhan ALLAH, atau tidak memberi nafkah maka tidak wajib mentaatinya.....saya perlukan jawapan untuk share dengan orang... thanks in advance :)

Jawapan Ustaz Hasrizal Saiful Islam :
Wsalam wbt.
Mungkin contoh Asiah, isteri Firaun boleh diambil iktibar. Beliau melaksanakan tugasan-tugasannya sebagai isteri tanpa menjadikan alasan suaminya Firaun untuk dia 'berhenti berperanan sebagai isteri'. Tetapi bab maksiat, perintah kufur dan yang seumpama dengannya, Asiah mengutamakan Allah.
Firman Allah SWT di dalam surah al Tahrim, ayat 11 tentang doa isteri Fir’aun yang solehah. Allah SWT menyatakan sifatnya sebagai contoh untuk orang-orang beriman. Isteri Fir’aun yang solehah itu telah berdoa sebagaimana di dalam ayat 11 tadi bermaksud: ‘Dan Allah menjadikan isteri Fir’aun sebagai perumpamaan bagi orang-orang yang beriman. Ketika ia berkata: Ya Tuhanku, binalah untukku sebuah rumah di sisiMu di dalam syurga. Dan selamatkanlah aku daripada Fir’aun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim’.

Lalu, kepada mereka yang tertanya2 atau cuba untuk menafikan hak suami, maka fikirlah semula. Namun, janganlah sampai hak kita terlalu direndah2kan pula. Berdoalah semoga ALLAH menetapkan yang terbaik buat kita semua....jangan membuta tuli mentaati suami sehingga perintah ALLAH diketepikan...