Wallawei...alhamdulillah!! Baru je mood menurun gila2 nak masuk contest sampai draf contest dalam blog pun saya delete. Sebabnya tatau la nape ek... Satu halnya saya bimbang kawan2 yang selalu menjengah ke sini jemu tgk saya masuk contest. Yang kedua, kebanyakan contest melibatkan gambar yang mana saya bukannya pandai sangat nak amik gambar pon...he he...
Tapi dalam mood penurunan ini, sedar tak sedar saya dah dapat 3 hadiah dan sedang menunggu 3 lagi hadiah...saya senaraikan dulu yang saya dapat hadiah ek sebagai kredit kepada penganjur contest :
1. Pemenang pertama Kisses of Love oleh YatieChomeyl :
2. Pemenang kedua Aidilfitri Giveaway Contest oleh MyDearShoppe :
3. Saguhati Contest Aksi Kelakar oleh AnisTheBumbleBee :
Saya juga sedang menunggu 3 lagi hadiah :
1. Pemenang pertama Father's Day Contest oleh ZARAshoppe : agak lama juga menunggu tapi segan aa nak minta. Actually penganjur bermasalah mendapatkan barang yang dijanjikan walaubagaimanapun mereka nak replace dengan purse wanita which I prefer this very much.
2. Pemenang kedua Bonda's Day Contest oleh SARAKIDS : Saya dan penganjur sedang mencari tarikh yang sesuai untuk bertemu mata. Nak flash back our old memories...Dari Sarakids saya dapat khemah kanak2... he he
3. Dan di hari ini saya bergembira sekali lagi dengan pengumuman Fayza Chocville yang mana saya dapat tempat pertama dalam contest yang dianjurkannya :
Pemenang giveaway2..
Saya sudah lama delay keputusan giveaway ni.. sepatutnya saya umumkan sebelum raya.. ni dah raya 2 minggu baru dapat buat keputusan.. Maaf sangat2 sbb saya agak byk tuntutan pejabat sehingga kan delay bagi link2 tersebut kepada juri pilihan saya... Oleh kerana kesuntukan masa [atau pun dah lewat sangat dah sebenarnya, ended saya pilih sendiri pemenang untuk giveaway ni...hehe...]
Pemenang pertama ialah Puan Siti Sifir Supernova Share-out Space.. walaupun dia dah dilimpahi coklat tetapi saya tak dapat nak menafikan betapa saya jatuh cinta terhadap reason disebalik nama yang beliau cadangkan iaitu A Must Choc walaupun saya asyik berfikir sape yang boleh saya mintak tolong untuk kirimkan hadiah tu ke Parit Buntar nnt...
Pemenang kedua ialah Ibu Nisrinna dan Uzzam...namanya simple dan catchy untuk di type di ruangan addres bar tu.. mudah diingat ILOVECOKLAT .. klu lupe pun boleh guna padanan cuba-cuba jaya di google sahaja kan...
Kepada yang tidak berjaya..jgn jemu untuk dptkan update giveaway di sini eh.. saya akan teruskan tradisi ni sbb sambil promosi saya gembira anda dapat merasa coklat sedap saya ini...hoho....
Ni yang buat saya terfikir2 ni...lepas ni nak masuk contest lagi ke tanak??? Hehehehehehe....best hape menang :P