Thursday, October 01, 2009

Personaliti Ibubapa Yang Cemerlang Part3


Bismillah,

Setelah melompat2 setempat, berlari2 anak juga praktis vokal dengan anak2, maka arini saya dah mula warm up untuk menulis semula (macam la ada yang nak baca :P) Bukannya tak buka internet pun, lompat sana sini tgk blog orang, semuanya kisah raya aja. Kami? Pun ada kisah raya kami juga tapi rasanya standard aje kot untuk diceritakan.

Musim contest pun sudah bermula di sana sini tapi saya ingat saya kena cuti lah. Ahaha...sebab jika saya mula melayan contest, maka saya akan jadi seorang yang gila kamera tiba2 dan seterusnya mengcontrol komputer ini sehingga lambatlah nnt report kedai ni siap. He he... Semasa saya menaip ni, staff2 saya yang baik hati sedang buat outdoor promotion di sekolah so saya amik masa ni untuk menaip dan muhasabah diri.

I wish to be a success parent. Hope this note will help me...and U if U wish so

Sentiasa Bertenaga
Mestilah kene sentiasa berada dalam kesihatan yang baik. Last nite my husband asked me. Macam mana nak kurangkan makan setiap kali makan? Ahaha...actually dia bukan lah jenis 'buruk-lantak' tapi sebab kami makan 2-3 kali sehari (nasi) so dia bimbang dia dan diabetes menjadi dekat. Oleh itu, suami saya memilih untuk buat kerja2 seperti bertani dan menternak. And the best part is penyakit bertani dia merebak sehingga bertani dan menternak di dalam FarmVille Facebook.

Kenapa kita mesti berada di dalam keadaan yang sentiasa bertenaga? Anak2 ni sentiasa perlukan perhatian dan kadang2 ia berlaku setiap masa. For those who have ramai anak mcm saya, U will understand this. 5 minit ini, yang sulung datang. Tak habis layan dia tak sampai 5 minit kendian, no 2 pulak. Bersambung2 macam pas baton tu...

So, selepas raya ni saya cuba jugak untuk memaksa diri saya memasak supaya semua dalam keluarga kami ni cukup makan. Makanan pun kena mau jaga. Kalau saya beli salah sayur je sikit, suami saya akan kata sayur ni banyak racun ni (semasa proses penanaman). Owh, almost semua vege or fruits yang saya beli akan di sound...ha ha...tapi itu untuk kesihatan kan?

Sentiasa Bersemangat
Mana nak datang semangat? Nak tak nak, kita mesti meletakkan komitmen yang tinggi dan pemikiran yang positif. Melalui kehidupan seharian yang sama dengan orang yang sama memang menguji kesabaran. Saya memahaminya okeh. Tambah pulak orang yang macam saya, saya rasa saya pun masuk dalam kategori WAHM.

Tapi alhamdulillah, ada suami yang comel dan baik hati yang tolong neutralkan sifat 'Tarzan' saya itu. Kalau dia tengok saya dah mula nak jadi tarzan bila anak saya sepah2kan barang dalam kedai, dia akan bawak lari kanak2 tu naik atas. Dia sll membantu saya menjadi positif, sehingga dulu benda yang mustahil saya buat dah mula saya buat satu persatu terutamanya MEMASAK!!!

Mudah Mesra & Penyayang
Korang dah tengok dah Anak2 Ramadhan di TV3? Saya tengok mak bapak diorang ni sangatlah mesra dan penyayangnya dan saya terfikir antara saya dan suami siapa yang lebih mesra dan penyayang dengan anak2. Pastilah jawapannya adalah orang yang comel dan tak ada sifat Tarzan. Uhuhuhu..... Tapi Ramadhan tempohari saya telah berfikir panjang kenapakah saya boleh menjadi mcm tu dan saya yakin saya telah bertemu jawapannya. Bila saya tau puncanya, insya ALLAH akan lebih mudah untuk saya merawatnya (hopefully).

Pandai Mendengar Dengan Berkesan
Sebagai ibubapa sekarang, kita dicabar oleh internet sebab kalau kita tak mendengar segala rintihan anak2 kita itu, maka dia akan mencari alternatif sendiri. Paling mudah untuk didapati adalah komputer yang diletakkan di dalam bilik mereka. Saya ingin sekali mempelajari lbih lagi teknik mendengar dengan berkesan. Hanya dengan mendengar, kita telah banyak membantu orang lain apatah lagi anak kita untuk meringankan beban mereka.

Sentiasa Bekerja Kuat dan Smart
Bukan apa kena kerja kuat ni, bila kita kerja dengan bersungguh2 dan ikhlas ni, selalunya hasilnya pun lumayan. Bila dapat hasil yang lumayan barulah senang nak penuhi keinginan dan keperluan keluarga. Lagipula, anak2 akan biasa terdidik dalam suasana itu dan harapnya mereka juga akan menjadi seperti kita, 'bekas yang mencorakkan mereka'.

Korang, wish me luck....!!
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!