Friday, June 18, 2010

Anak Bernama Amin


Bismillah,

Alkisah smlm ada seorang regular customer saya datang utk buat spek anak dia. Anak dia boleh tahan ramai jugaklah...mungkin dalam 8 org mcm tu. Kebetulan, anaknya lelaki ramai dan masa tu dia bawak anak dia yang bongsu bernama Amin. Kalau dah nama budak biasala...dia pun marathon dalam kedai.

Saya sebenarnya tak kisah pun budak lari dalam kedai cuma saya risau kalau2 diorang terlanggar bucu mana2 display yang ada kat situ. Semasa menerima design display tu, saya tak terfikir untuk cari yang mesra budak. Sepatutnya kena cari yang bucunya bulat2 sikit so tak la bahaya untuk budak berlari ke sana ke mari.

Sementara anaknya nak cek mata dan pilih cermin mata, dia bercerita tentang tahun kelahiran anak2nya. Semua anaknya lahir dalam tahun ganjil kecuali yang kecil tu lahir dalam tahun yang genap. Kemudian staff saya pun tanyalah dia, "Lepas ni tahun bila pulak??"

Kemudian dia jawab, "Eh, lepas ni dah takde dah...dah Aminnnn". Hihi...katanya sebelum bersalin tu sempat dia pergi ke ceramah agama, ustaz yang berceramah tu kata, kalau dah rasa ramai anak, kemudian taknak beranak lagi, nama anak yang last tu letakla nama Amin. Kan kita baca Fatihah last sekali kita sebut Amin?? Huhuhu...saya pun berseloroh balik, "Owh, saya pun kena beranak sorang letak nama Amin jugaklah."

Huhuhu...ini lawak2 aje ye, tak boleh digunapakai tau. Semua yang kita lalui dalam dunia ni mungkin kebetulan tapi sebenarnya semua itu adalah takdir yang telah ditetapkan Ilahi. Benda mcm ni nak buat ketawa boleh, tapi nak buat pegangan, baik fikir dulu :
  • Apa kata kalau nak letak nama Amin, alih2 beranak perempuan sampai 5-6 org pastu baru dapat laki?
  • Bukan takde kat dunia ni Encik Amin yang takde adik....Amin tak semestinya bongsu.
Ahmadi, apak mu lega nama kamu bukan Amin :P

2 comments:

  1. hehehe.. logik jugak Amin tu, tapi kan ahmadi nanti cakap saya nak adik..:P

    ReplyDelete
  2. pija,
    nama penuh fikri = muhammad amin fikri... ;)

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!