Sunday, October 31, 2010

Morning @ Feringghi

Bismillah,

Batu Feringghi...idakle syiok bebeno sebenarnya. Teringat dulu awal2 kawin, selepas dinikahkan tu disebabkan tatau tempat menarik, maka saya ajaklah encik suami ke sini. Sempat la pegi duduk barang sepuluh minit kat atas batu sambil berkata, "Maghrib ni awak...apa agaknya orang kata tengok pompuan tudung labuh kat tepi pantai ni..."

Kahkahkah..masa tu ber'awak2' lagi. Maklumlah baru kenal, tak bajet lagi nak panggil 'yu ai' ke, 'dinda kanda' ke. Amik masa berzaman jugaklah nak boleh panggil 'abang'.Tu pun ada kawan yang sound. Kalau bukan sebab dia sound agaknya sampai sekarang ber'awak2' lagi..huhuhu.

Apa2pun, kalau betul2 fikir panjang tak mandilah kot kat sini. Kalau nak banding dengan Pantai Tok Bali memang jauh bezanya. Tapi pasrah ajelah sebab nak ber gather2 dengan sepupu2. Selalu diorang merendek tak ajak saya tapi itu hari, kebetulan besday one of them a few days before so we decided to celebrate kat sana.


Kami naik 2 bijik kereta dan saya tak bawa kereta saya. Diorang la tanak, mentang2 kete tu pernah buat hal sekali Maka mereka terus serik nak menggunakan khidmatnya lagi...
 Ahmadi diletakkan atas batu, huhuhu...punyalah galak mak dia nak suruh anak posing. Abis guard depan belakang masuk dalam gambo sekali.

Lama gila jugak dari kul 9 lebih (kot??) sampai nak dekat Zohor baru siap. Makan tengahari + sarapan kat situ je. Bawak segala sandwich, nasi lemak dan serba mak neka yang lain.

Dannnnnn....ini posing tak boleh blah saya...muahahahahaha 

Sekali sekala berjalan dengan anak2 seronok juga tapi yang tak berapa nak syiok adalah encik suami tidak ada bersama. Takpe abang, lain kali abang kene ikut jugak..sian umi sakit bahu usung Ahmadi dalam sling tau!!

3 comments:

  1. saya pun camtu, tak suka sgt jln2 tanpa suami tercinta

    ReplyDelete
  2. amboi.. ni rombongan mana ni?

    x leh tahan tgk gambo celah batu.... ;)
    cam anak dara.... ;)

    ReplyDelete
  3. k.su, memang tak syiok pun....kene sorang2 je dukung anak :P kalau dia ada dia boleh dukungkan..

    K.Yong, ngeh ngeh...ini sepupu sepapat saya... gambo celah batu tu sampai hari ni saya malu nk igt betapa gigihnya panjat batu demi nk posing mcm tu..kahkahkah

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!